February 9, 2012

Perginya Tak Kembali

Catatan yg tak dapat dilupakan dlm hidup
Yg tinggal hanya kenangan
semakin di ingat prilakunya, kebaikannya semakin berderai air mata
dari family yg menyayanginya.....


Hampir sebulan mata mengedip-gedip
Pagi Sabtu telinga berdesing,sambil berselawat
hati berdetik...siapalah yang akan 'pergi' nie...
Malam Isnin, burung berkicauan tak berhenti-henti....hati risau....
berdoa moga dijauhkan dari bala dan bencana.

Pagi sebelum bertolak balik ke SK, allysha pulak menangis + peluk sekuat hati dekat tok, tak pernah-pernah dia menangis sedih mcm tu.

Balqish pulak meragam tak tentu pasal sepanjang balik kampung, sedangkan dia bukan jenis yg macam tu. Tidurnya jugak terganggu..kejap-kejap tersedar, menangis tak tentu pasal.....pastu sambung semula tidur, terjaga lagi...menangis lagi...

Ali plak kebiasaanya bila balik kg dia suka tukar/naik ke mpv pak lang atau mak ngah, tp balik kali nie dia tk buat macam tu...hanya allysha jerk yg pindah ke kereta mak ngah...sepupu2 lain juga akan turut pindah/tukar ke kereta pakcik.


Tepat pukul 9pagi,  kami bertolak balik dari Kedah utk balik ke Sri Kembangan, sebab hari Rabu dah start sekolah, sampai di Juru, menerima panggilan telefon mengatakan 'Mat Izam dah meninggal, eksiden" jam 9.12pagi. Allahhu akbar....tak terkata....tak berdaya...dalam hati hanya mampu berdoa moga allah bagi peluang ke-2, buatnya. Bila sampai di Alor Star memang sah, dia sudah tiada.


Kesedihan tak dapat di tahan. Meraung air mata darah sekali pun, dia tak akan kembali bernyawa :( Memang sudah ditulis ketentuannya...siapalah kita hamba yg kerdil ini....

Hari Ahad, saat-saat terakhir berjumpa dengannya allysha sangat manja dengan 'abg izam' memang luar biasa dari biasa kemanjaan allysha padanya. Dalam mpv  mak ngah, allysha pindah ke seat depan, duduk atas riba abg izam sepanjang perjalanan ke rumah tok. Malamnya bakar ikan sama-sama, main ps2 sama-sama, hantar kak shahirah balik asrama sama-sama...itulah hari terakhir bersama abg izam. Sempat lagi bila nak balik melawak dekat tok, nak 'duit raya'....rupanya dia nak prg dulu....

Tapi  yang peliknya ali + balqish pula yg kurang mesra dengan abg izam biasanya mereka sangat manja....bila abg izam beria-ria nak dukung aqish, aqish tak nak...kebiasaanya abg dukung aqish kehulu kehilir. Abg izam suka melayan kerenah mereka bertiga, dia memang sukakan kanak-kanak.


Ahli keluarga yg rapat masih dalam keadaan yang terkejut dan sedih di atas pemergian anak buah tersayang. Budak yang baik, disenangi rakan-rakan, lecturers, rakan masjid & masyarakat sekeliling...sekejap sangat allah swt pinjamkan dia, kesedihan kelukaan ibunya baru nak sembuh, kini anaknya pula yg menyusul.

Mohamad Izam Azuar Khairuddin
dalam usia yg muda, 19 tahun

Dia telah pergi menemui penciptanya kerana terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan menuju ke tempat praktikalnya. Genap setahun kehilangan ayahnya kini dia meyusul.. .Semoga ibu+adik beradiknya tabah menghadapi ujian allah ini.


Semoga allah swt menempatkan dia di kalangan orang-orang yg beriman & para sollehin, AMIN.

AL-FATIHAH



Semalam mendapat liputan dari semua media cetak/tv/youtube ntv7....kalau fight sampai ke court pon tiada guna, tk boleh mengembalikan nyawa yg allah dah ambil....biarlah mereka yang bersalah, allah swt sahaja yg menentukan di akhirat kelak...




13 comments:

lia said...

Al-Fatihah buat arwah Izam....

sy yg b'genang air mata....

Nieza Ishak said...

takziah & al-fatihah

Umi Aida said...

Al-fatihah...

Small tony said...

takziah buat keluarga k.mieja
Al-Fatihah buat arwah

SSulieana said...

Ya Allah k.mieja su ada terbaca pasal eksiden tu...tak sangka anak buah akak rupanya...

Al-Fatihah semoga roh ditempatkan di kalangan orang2 beriman...

Suliana said...

Ank buah akak rupanya. Takziah ye kak.moga ditmptkan di klgn org beriman.

Ina Hashim said...

Mieja,

masih muda tapi tiada siapa tahu bila MASAnya akan tiba...moga keluarga arwah bertabah atas pemergiannya...dan moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang yg beriman...Amin

aida said...

kak, orang kata lah.. kalau Allah ambil muda-muda, Allah sayang orang tu... dosa dia masih tak banyak, Allah dah jemput..

insya Allah ada dia di syurga :)

Sue said...

takziah kak.... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. amin..

εïзmmyHazaεïз said...

Al-Fatihah dari haza sekeluarga... masih bersedih...

azura samsuddin said...

takziah buat keluarga arwah, al-fatihah buat arwah

~CanaryGalapagos~ said...

takziah buat akak sekeluarga. semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah

Nyzal Aziz said...

bergenang air mata..takziah dan alfatihah buat arwah..:(