February 15, 2012

Pasal Anak & Sekolah

Mungkin kisah ini boleh dijadikan teladan
setelah 2 kali merasai 'situasi' ini


sebab kita akan merasai situasi anak-anak bersekolah
perkara yg dipandang ringan kadang-kadang perlu di titik beratkan
perkara yg tak pernah kita terfikir, perkara yg kadang-kadang kita anggap ringgan
TAPI sebenarnya kita perlu mengambil berat setiap sudut
bila anak-anak dah sekolah.


KEJADIAN 1

beberapa minggu yg lepas,
sewaktu dalam perjalanan dari mengambil allysha & balqish
dari sekolah agama+ bb sitter di Dengkil
mama terperasan ada sorang budak lelaki berjalan kaki di tepi highway
dipendekkan cerita

bila mama berhentikan kereta
ada 2 org yg turut berhenti bertanya 'anak ini anak siapa'
kenapa berjalan di tepi highway
dan pastilah risikonya tinggi utk eksiden dan diculik

soalan mama kpd anak ini:
adik, nama mak ayah siapa?
mungkin sebab terlalu panik, dia terlupa mak ayahnya siapa
soalan lagi: adik telefon rumah, hp mak ayah berapa?
sekali lagi dia tergamam, tak tau

PERKARA WAJIB YG PERLU KITA PESAN bila anak-anak pergi kesekolah:
  • mohon tinggalkan nombor telefon rumah/office/hp mak ayah (simpankan dalam kocek beg mereka)
  • nama penuh mak ayah, alamat (simpankan dalam kocek beg mereka maklumat waris)
  • ajar mereka menghafal nombor hp mak ayah
  • ajar mereka mengunakan public phone
  • dan paling utama keselamatan mereka, andainya mereka tertinggal VAN/bas sekolah mohon anak-anak duduk didalam kawasan sekolah sehingga mak ayah datang mengambilnya.
  • Jangan sesekali ikut orang yang tak dikenali.
  • sediakan wang syiling setiap hari utk memudahkan mereka menelefon waris sekiranya ada emergency di sekolah/ tertinggal bas/van. Wang syiling ini khas utk emergency call, khas utk call mak ayah sahaja. Duit saku lain kira ya.
  • kalau ada hp lama yg masih elok boleh diguna, berilah dekat anak-anak utk emergency call mak ayah. Biasanya sekolah agama diberi kelonggaran bawa hp.


 KEJADIAN 2

kejadian ini baru terjadi semalam, semalam allysha ada taekwando.
pukul 5ptg budak-budak darjah 6 habis kelas tambahan UPSRnya
mereka menunggu parent di bus stop

ada satu budak perempuan menunggu parentnya dari pukul 5pm
allysha habis taekwando dlm pukul 6.45pm-7pm
mama pergi ke sekolah lebih kurang pukul 6pm
budak perempuan tu masih ada di bus stop

aikhhhh tak balik lagi budak nie (dlm hati mama)
dia sorang-sorang dekat situ
mama berhentikan kereta, tanya dia
tunggu siapa, nama apa, darjah 6 apa, tinggal dimana?

mama telefonkan mak ayahnya
tapi sedihnya mak ayahnya tak angkat phone
mama minta dia duduk dalam sekolah
BAHAYA kalau terjadi perkara yg tak diingini
mama bekalkan dia syiling utk dia call mak ayahnya

dari kejauhan mama perhatikan dia
hampir pukul 7ptg barulah nampak kereta mak ayahnya
kesian tgk muka panik budak tu

KESIMPULAN/PERINGATAN UTK KITA:
  • bekalkanlah duit syiling dekat anak-anak, pesan call kita bila dah habis kelas
  • andainya kita mak ayah masih dalam meeting/berkerja tak boleh nak ambik anak-anak dekat sekolah, mintak anak-anak tunggu di dalam/kawasan sekolah.
  • jangan biarkan mereka menunggu di bus stop, bahaya sangatlah.
  • jangan pandang ringan perkara-perkara macam nie, tak kena dekat kita tak apa...tp bila dah terkena dekat kita, anak kena culik, mana nak dapat semula anak kita.

Ajarkan anak-anak yg berusia 5-6tahun hafal nombor hp kita, ajarkan mereka mendial nombor phone kita agar mereka tidak kekok dengan situasi dekat sekolah/luar sekolah. Nama mak ayah, alamat kediaman, dan juga ajar kepentingan POLIS.

Beritahu dekat mereka keburukan/kemalangan yg bakal menimpa sekiranya mereka hilang dari kawasan sekolah.


Begitulah yg mama+papa ajar dekat Allysha. Next year turn ali darjah 1, biasanya budak darjah 1 memang tak pandai lagi nak menyesuaikan diri. Kita kena banyak ajar anak-anak darjah 1 perihal keselamatan mereka.

Moga anak-anak kita dilindungi olehNYA. Jangan pandang ringan keselamatan mereka. BAHAYA menanti diluar sana tanpa kita duga....

6 comments:

~CanaryGalapagos~ said...

thanks kak.really good info. betul saya pun begitu takut hal2 yg mcm ni. moga anak2 kita dilindungi n parents pun kena lah prihatin sikit.

@lfidah @dim said...

kak mieza,betul kata akak..kita xboleh amik ringan.bila anak dah ke sekolah mcm2 yang kita kena pesan..

Pinkish Mumma said...

Ya Allah..seyes takut saya bace kak...zaman skang bkn mcm dulu...mak bapak ni kalau tau susah nak manage time tok amik anak kat skolah...biarlah anak naik van/bas skolah..kan lagi memudahkan...

Yaati Nor said...

seram dgr..jauhnya anta balqish skrg kak..rindu balqish la..bila nak masuk gamabr balqish ni..hehehehe

εïзmmyHazaεïз said...

betul2 info yg bagus kmieja... Takut klu terjadi hal mcm ni.. abg irfan, azah tulis no tel kat belakang tag name dia.

lia said...

TQ kak utk peringatan ni....