April 28, 2011

Jintan Manis@ Untuk Ibu menyusu

beli jintan manis
konon-konon nak rebus

minum airnya setiap pagi
tapi belum ada kesempatan nak merebusnya.

Khasiatnya: Bagus untuk ibu-ibu yang menyusukan bayinya. Diminum setiap pagi.

CARANYA:
1). ambil satu sudu besar
2.  cuci bersih
3). ambik air setengah cawan di rebus bersama jintan manis
4). dah elok mendidih
5). angkat dan sejukkan
6). diminum setiap pagi.



Murah jerk jintan manis nie rm0.99

Khasiat lain plak:
Kalau ada lemak di pangkal peha, elok amalkan pagi + ptg selama 4 minggu.

CARANYA:
5 sudu jintan manis
5 cawan air

Direbus sehingga mendidih.
Bila dah mendidih, angkat dan minum airnya setiap pagi & petang.
Amalkan selama 4 minggu.

(sumber rapi 2011)

12 comments:

bonda dadif aka akish said...

baru tau....lagi tertarik...bleh kurengkan lemak kat pangkal peha tuh ya sis??

ahaaa

=)

fiza said...

Badan tak bau ker kak, ada org ckp nnt badan berbau ☺☺☺

Amiizaa2001 said...

AKISH: try try...hikhikhik

FIZA: kalou halba bau bdn..kalo jintan kena try baru tau bau ke tak....hehheheh

~SuSuMaSaM~ said...

adoiiii....camner rase tuh???huhuhu...nnt sy cobe la...tengs 4 da info ;p

Afne said...

afne baru tau khasiat jintan manis utk ibu menyusu. klu kita guna dlm masakan pun ok kan kak? selalu buat tempe goreng manis bubuh jintan+ketumbar+bwg+garam+gula+kunyit pastu goreng api kecil sampai garing. sedappppppppppppp

ummiross said...

bagus ni Amiizaa, kurangkan lemak pangkal peha, hehe rajin ke ummi ni..

mama shifa said...

k.mieja apa rasanya?
pahit ker? dedar-dedar ker?
huhuhu

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

as salam...tq sharing info nie. first time dengar nie..

sab said...

slm..penah cube minum..tp lom dpt result dh berenti.tp nk kena try balik la.tengs info! =)

Anonymous said...

Salam Puan,


Saya Norliyana Madrus (UK17666), pelajar tahun ketiga Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan), Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan (FASM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Saya sedang menjalankan kaji selidik faktor yang mempengaruhi corak penyusuan di kalangan ibu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di negeri Kelantan dan Terengganu. Soalan kaji selidik ini merupakan salah satu bahagian wajib untuk memenuhi keperluan Projek Ilmiah Tahun Akhir (MKN4199B). Objektif utama kajian saya adalah untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi corak penyusuan di kalangan ibu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Untuk makluman puan, segala maklumat yang diberikan adalah sulit dan digunakan semata-mata untuk tujuan akademik. Saya amat berharap jika puan menyusukan anak puan atau pernah menyusukan anak puan untuk menjawab borang kaji selidik ini. Segala kerjasama dan bantuan puan sangat dihargai. Di bawah ini saya sertakan link untuk borang kaji selidik tersebut. Berdasarkan kaedah yang saya guna, selepas 1 minggu, saya akan bagi link berdasarkan ini kembali untuk diisi lagi bagi tujuan 'pilot test' untuk 'validity and reliability questionnaire'. Terima kasih.

http://kwiksurveys.com/?u=breastfeeding

mummydina said...

baru kutahu...tapi kalau makan rempeyek@tumpi yang ade jintan tu boleh jugak ke?
jom lawat blog sya untuk tips2 penyusuan & kesihatan yang lain..http://mummydinashoppe.blogspot.com

mummydina said...

baru kutahu...tapi kalau makan rempeyek@tumpi yang ade jintan tu boleh jugak ke?
jom lawat blog sya untuk tips2 penyusuan & kesihatan yang lain..http://mummydinashoppe.blogspot.com