August 5, 2010

Perjalanan Menyusu Selepas 1 Tahun @ Balqish Amir

Perjalanan susu Balqish selepas 1 tahun dah pun bermula, walaupun dalam hati ada taman, tapi hati tetap 'menyimpan' perasaan berjaga-jaga.

Sempena nak menyambut bulan ramadhan, mama dah 1 bulan lebih menukar jadual pengepaman. Mengepam setiap 3 jam sekali, atau kalaou mama terlepas sessi 2-4am, maka mama akan pam setiap 2 jam sekali seperti dalam pantang dahulu. Walaupun hasilnya tak sama seperti dahulu, at least jumlahnya masih bertarget 1 hari  mesti mencecah 20oz untuk penyimpanan beku.

Balqish yg suka mengempeng, pertama kali dalam hidup mama mengalami situasi ini, situasi  mengempeng bersama Balqish...kejap-kejap nak bergayut, agak sukarkan bila anak yg suka mengempeng nak manage time pengepaman. Sentiasa mencuri masa yg ada, kalaou dia main, dapatlah mama mengepam...kalaou dia tidor dapatlah juga mengepam, dan kalaou di waktu tengah malam juga situasinya sama juga, sangat sukar, bila jam berbunyi tanda utk bgn mengepam, startlah dia...bila mama cuba tarik nenen, dia sedar, dia isap balik..tarik lagi, sedar lagi...sampailah dia beralih tempat/pusing tidor, kdg-kdg mama terpaksa cakap kat balqish 'dah, mama nak bgn pam plak' bila balqish lepas, barulah dapat pegang cik PISA.Yerlahkan...ragam/perangai setiap anak berbeza....maka dapatlah merasa macamana situasi anak yg suka mengempeng :) maka dapatlah nanti mama share macamana nak handle anak yg suka mengempeng disamping kita sibuk nak mengepam (kalaou kat rumah).

Bulan Ramadhan kali ini adalah bulan/tahun kedua mama menyambut ramadhan bersama Balqish & penyusuannya. Kalaou tahun lepas Balqish berusia lebih kurang 4 bulan++ dan mengepam juga di bulan ramadhan tahun lepas, alhamdullilah susu masih laju masa tuh cuma kesannya susu kurang sedikit dikala petang (susu tetap menten waktu pagi, bila petang sedikit kurang), tp kali nie balqish dah  berusia 14 bulan++ dan ada kemungkinan juga susu akan berkurangan, sprt mana pengalaman berpuasa bersama ali iqbal dulu, kalaou pagi dapat 8oz, ptg dah tinggal 6oz, sebab masa tu dia  pon dah 1 tahun lebih juga.


Jadual pengepaman sekarang:
2-4pg, 6pg, 9pg, 12tgh, 3ptg, 6ptg, 9-10ptg

12pg, 4pg, 9pg, 12.30tgh, 9-10pm
Jadual pengepaman sprt kat atas terpaksa di delete, sebab pengepaman pukul 9-10pm terlalu dekat dgn 12am kalaou dulu pukul 12am tak tidor lagi, tapi kali nie tidor awal dlm sejam, time  pukul 12am tuh masih kelat-kelat mata letih nak bgn maka mama ubah jadik 2-4am. Waktu balqish tgh nyenyak tidor time 2-4pg.

Alhamdullilah mama dah berjaya target ebm bekunya sampai Balqish berusia 1 tahun.

Alhamdullilah mama juga dah berjaya target EBM beku Balqish sampai bulan DEC 2010 ini. Ketika itu usianya akan ke 19 bulan++.


TARGET:
Augus/Sep/Oct/Nov/Dec 2010
Untuk pengumpulan stok beku Balqish utk usianya 20 bulan - 24 bulan, (Jan-May 2011).

Target seterusnya, mama sedang target untuk 5 bulan yang terakhir dalam masa yg terdekat ini (Aug/Sep/Oct/Nov/Dec 2010) bagi pengepaman dan pengumpulan stok ebm bekunya. Stok EBM beku  untuk Aug 2010 adalah untuk bekalan Balqish ketika dia akan berusia 20 bulan++ pada Jan  2011 tahun hadapan dan seterusnya hingga dia mencecah 24 bulan pada May 2011, insyaallah. 

Makanya mama ada lagi 5 bulan (Aug/Sep/Oct/Nov & Dec 2010) yg sangat penting bagi target yang terakhir ini. Dan mama perlu berkerja keras mencapai target terakhir ini. Di ikuti  pulak bulan-bulan yg sgt fun dgn raya, dgn cuti sekolah....waaa...betul-betul kena kuat semangat utk mengepam supaya tidak terleka ketika itu, insyallah!

Semoga allah mempermudahkan perjalanan penyusuan Balqish, amin!


Al-Baqarah ayat 60, amin...amin...

16 comments:

Momma Mia said...

wow Tahniah.. dah capai target ebm beku sampai 1 tahun. Kagum... nak blajo ilmu sbg sumber inspirasi boleh?

izzahazfar said...

menjadi ibu ini perlu pengorbanan ye kak mieja...disaat org lain enak diulit mimpi...kita gigih bangun mengepam...

kak,maksudnya...walaupun anak aka direct feed waktu malam @ lain2 waktu..akak tetap luangkan masa utk mengepama ye...?

az rina a.k.a jaijina said...

camat malam mama..

kagumlah dgn usaha gigih kak mieja nak nyusukan balqish..bilelah saya nak ade semangat macam akak ni?

Ammi Sara said...

wow! sgt2 a good planner! salute..:)

syikin said...

masa cuti sekolah la saya selalu skip pumping session... harap2 cuti raya nnti semangat saya sekental kak mieja :)

Ina Hashim said...

alhamdulillah...dah setahun pun balqis minum susu mama dier...dengan stok berlonggok tuh,akak kompem mieja leh lalui sebulan Ramadhan ni dengan mudah :)

cik_ah82 said...

kagum nya ngan kak mieja..
saya harap saya dapat tiru semangat kak mieja ni..panjang lagi perjalanan penyusuan saya ni..huhuhu

adha said...

perghhh.. rajinnya lahai............

** alfaalfa tu cam togeh ek??

kmieja said...

MMIA: bolehhh bolehhhhh :)insyaallah.

-----------------------------------
IZZAHAZFAR: yer betul, tak kira masa kalaou time cuti/mlm akak akan luangkan masa utk mengepam. Biasanya selepas balqish hbs menyusu, akak akan pam atau kalau dia dah kenyang mkn nasi, akak pam dulu...so bila nk tidor dia akan menyusu sprt biasa.

-----------------------------------
AZRINA: Insyaallah, semangat yg tinggi mesti sampai/berjaya nanti:):)

-----------------------------------
AMMI: tq2...:) atleast bulan-bulan terakhir (jan-may 2010) dah tk kalut sgt...insyallah :)

-----------------------------------
SHIKIN: Jgn lupa usung beg pam sana kemari masa raya hehehheheh:)

-----------------------------------
KAK INA: tq2 :)

-----------------------------------
CIKAH82: Insyaallah mesti boleh lalui...yg penting jadual pengepaman sentiasa selari, tk der ponteng2..kalaou ebm keluar 4ketul, bermakna kena mskan/simpan juga 4 ketul.

-----------------------------------
DELL: alfalfa tu rasanya ada sket mcm togeh....dia halus2 kecik2....:)

cik_ah82 said...

huhuhu..
tu la kak mieja..
jadual saya dh tersasar ni..
mggu ni saya asyik curi je stok, tp masukkan xpun..
mggu lepas saya xsehat, jadi sepanjang kat kampung ngan baby, mmg sy xpam pun..
pastu bila balik keje, mmg susu merudum sgt2..
sekali pam dapat 3-5 oz je..wuaaaaaa..

kmieja said...

Mama adib@CIK_AH82:

Ambik supplement: vit c, kalsium, omega 3 & obimin.

Ini yg gynae akak sarankan setiap kali menyusukan anak, jgn tinggal 5 supplement kat atas tuh, bila kita ada supplement, kita kurang sakit/demam/selsema/batuk, insyallah.

Pengepaman jgn lari sangat, bila semakin lari, maka semakin susu merudum...try mama pam kerap setiap 2jam sekali atau 3jam sekali.

Kuat mama Kuat....Kuat utk Adib:):)

fazian.batrisyia said...

Tahniah kat akak yg sgt2 kuat semangat, sabar, rajin dll lg...mmg boleh sgt jd ikutan bg ibu2 yg lain...bukan senang nak senang...minggu depan anak saya turn 2...kalau ikutkan dah cukup haul & saranan agama...saya harap dpt menyusukannya lagi semahunya.

cik_ah82 said...

insyaAllah, kak mieja..
org akan usaha..org akan try ikur jadual kak mieja la..skang ni malam mmg xbangun pam dah pun..huhu..pagi je..sejak2 pandai netek sambil baring la..

kmieja said...

:) seronok kan dapat menyusukan sambil baring....balqsih dari umur dia sehari,laktasi ajar cara menyusu sambil berbaring.

kuat semangat.

bulan puasa, kerapkan pam mlm pesanan dari sahabat akak, rita.

kmieja said...

FAZIAN: tahniahh yan:) tumpang gembira...dah semakin hampir kejayaannya 2 thn....seronoknya blh teruskan lebih 2 thn lagi :):)

acusarah said...

ya allah rajin nyer awak, mlm2 pon bangun perah...bsok keje x ngantuk ker....sy ni perah time keje 2 x pon da mcm susah, susu pon sikit tu yg x semangat tu, sekali perah cuma dpt 1 oz jer :(