July 1, 2009

Pasal Pam & Botol

Minggu nie mama start mengepam guna botol panjang, malas nak ganti botol lain bila dah penuh, rasa macam buang masa bila nak tukar botol baru bila mengepam, mesti dah malas nak start semula mengepam...nasib ada botol spare panjang nie, baru pakai sekali masa ali iqbal dulu untuk stok ebm yang tak habis pakai.

Hasil semalam (selasa 30 june 2009, jam 3ptg, 7oz kanan, 4.5oz kiri (lebihan selepas balqish minum).
Taraaaa.....nie hasil pagi tadi lepas balqish minum, pukul 7.30 pagi (kanan 10oz, kiri 5.5oz)

Hasil pakai botol pendek, minggu lepas ...lecehh bila dah penuh nak kena tukar botol baru.

Juga hasil minggu lepas, malas nak mengepam lagi bila dah penuh...bahaya-bahaya :)


Lagi hasil guna botol pendek....better pakai botol panjang, tak payah nak stop2 tukar botol baru bila dah punuh....



No comments: