April 17, 2009

Pasal Urut

Lama betul menyepikan diri, sejak 3 weeks papa kat NL....semua benda mama kena buat sorang-sorang....tak der masa nak jenguk blog nie...heheheheh tak der citer yg menarik pun.

Tunggu next month si kecik nie kuor insyaallah, mama akan update ebm setiap hari.

Tadi pergi berurut...lama betul tak jumpa mak yah, rasa sebak sangat.....dia anggap mama mcm arwah anak perempuanya.....tuu buat mama sebak setiap kali jumpa dia..last jumpa masa dia balik dari mengerjakan haji.

Setelah hampir 8 bulan tak berurut, selepas mama tahu peknen terus mama tak lakukan rutin harian mama untuk mengurut, kalau dulu setiap bulan mesti mengurut (memang menjadi aktiviti wajib setiap bulan) untuk diri serta untuk melancarkan perjalanan urat susu.

Kali nie mama pergi berurut sebab tulang pinggul nie dah teruk sangat....tak boleh bergerak renyah-renyah...huhuhuh mak yah kata kena betulkan semula, kena jumpa pakar utk betulkan semula tulang pinggul yang dah terkeluar (enselnya dah terkeluar, tak masuk ngam-ngam).

Ini semua terjadi 7 tahun yang lalu masa bersalinkan allysha, gynae @ nurses kepak kaki kiri dan kanan angkat naik atas, mungkin semasa nak meneran tu terlalu kuat kaki tu terangkat, maka akibat yang mama tanggung sekarang, kaki kiri (kat tulang pinggul susah nak bergerak, tak boleh tidur kat lantai, tak boleh bersila terlalu lama adakalanya susah nak berjalan). Mama ingatkan kesan ubat bius @ epidural...rupanya mak yah kata bukan sebab itu, sebab tulang tu dah lari dari enselnya.

Kesannya bila lepas bersalin mama memang tak boleh berjalan, bergerak....mesti berpapah bila nak ke toilet, naik wheelchair bila nak check out dari hospital.

Itu siksa yang mama lalui masa melahirkan allysha & ali iqbal. Kali nie? sure pengalaman sama akan mama rasai.....:(:(


No comments: