March 20, 2009

Pasal Tungku & Minyak Celak

Ini tungku yang mama cari kat Pekan Rabu hari tu. Akhirnya dapat jugak....malas nak pinjam-pinjam....especially tok tom punya, dia punya berat sangat, sampai mama tak boleh nak angkat, tak kuat. So, bolehlah digunakan turun temurun untuk anak-anak mama juga.

Berat tungku nie ada 3 jenis 4 kg, 5 kg & 8 kg. Mama hanya mampu angkat 4 kg sahaja, selebihnya memang berat sangat nak letak kat perut. Dulu pon mama tak pakai tungku, pakai batu bata, papa panaskan kat api...papa tolong tuam seluruh badan.


Dan ini adalah minyak celak, khas untuk mama & baby. Untuk baby, minyak ini bagus di bawa kemana-kemana...sapu kat perut elakkan kembung. Kalau baby meragam-menangis, sapu kat cuping telinga, pergelangan tangan & ubun-ubun. Minyak celak nie ibu dah bacakan doa.

Untuk mama pula, dalam pantang amalkan 7 kali. Setiap pagi diminum, untuk mengelakkan dari sakit & meroyan (nauzubillah). Minyak celak nie, ibu dah bacakan doa siap-siap. Sebab jauhkan, so, mama preparelah awal-awal sebab berpantang kat rumah sendiri. Dulu lepas 60 hari baru jumpa ibu, ibu doakan dan minum minyak celak nie 7 hari berturut-turut...khasiatnya untuk betulkan batu meriam , sihat selepas bersalin dan di jauhkan sakit meroyan-nauzubillah.

No comments: