TKasih Kerana Sudi Berkawan Dengan Saya :)

March 7, 2012

Dulu & Kini Masih Sama

" dulu masa mama kecik-kecik macam allysha, mama selalu perhatikan nenek bila masa makan mesti ambik nasi separuh sahaja dan mesti menjadi rutinnya makan tak akan bertambah. Tiap kali itu, mama akan tanya kenapa mak tak tambah nasi lagi? tapi nenek tak pernah jawab soalan mama dan sekarang soalan itu allysha ajukan kepada mama, kenapa mama tak pernah makan bertambah? tapi mama juga tak pernah jawab lagi soalan allysha tu"


Dan bila mama meningkat remaja, form 1 mama dah start tiru macam nenek, makan mesti tak suka bertambah nasi sehinggalah ke hari ini. Amalan itu dah sebati dalam diri mama.


Dan sekarang barulah mama dapat jawapannnya, amalan yang nenek amalkan ini sangat bagus. Bila kita dah berumur 30-an, dah beranak pinak barulah mama dapat jawapan ini.


Untuk allysha, kalau nak tau jawapannya awak kena amalkan mcm nenek & mama :) bila awak besar nanti, awak dapatlah jawapannya. Sekarang awak kena makan banyak sebab awak nak besar, nak tinggi, nak sihat, otak perlu berfikir dengan baik....Ini ayat yg nenek selalu pesan, bila mama praktikkan makan nasi tk bertambah masa zaman remaja:)




PS: Amalan pemakanan berkait rapat dengan tubuh badan kita. Bagus makan mengikut jadual yg kita tetapkan. Jangan makan-makanan yg berminyak dan berlemak, jangan makan jajan, makan meremah tak berhenti, jgn makan bersulamkan air....itu boleh jadi perut kita menjadi buncit jugak.