Simpan di sini sebagai kenangan, alhamdullillah perjalanan Balqish dalam membuat File Raja telah pun berjaya, pembentangan kertas kerja juga berjalan dengan lancar dan baik tanpa ada persoalan dari para Penguji.
Pada 27 April 2026, bertempat di Istana Negara telah berlangsungnya Pengurniaan Lencana dan Sijil oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.
Terima kasih tidak terhingga juga buat semua yang terlibat dari aqish berusia 10 tahun, beliau telah mula menyertai Persatuan Pandu Puteri. Usia 10 tahun, kami melepaskan beliau mewakili Selangor dan Malaysia ke Korea bersama guru pengiring dan peserta-peserta dari Malaysia untuk Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri. Dari situlah, beliau belajar ketahanan diri, belajar membuat kertas kerja, belajar membentang / pembentangan kertas kerja (presentation), membuat dan mengedit video, sentiasa mencari pelbagai maklumat dan juga cekap dalam asas ikatan dalam Pandu Puteri, ikatan ini sangat penting dalam perkhemahan Pandu Puteri.
Tahun lepas juga Balqish telah menerima Anugerah Sijil Pandu Puteri Remaja, yang telah di anugerahkan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor Hajah Norashikin.
Bergambar bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Yang Dipertua PPPM, YM Dato' Tengku Shireen Almarhum Dato' Paduka Tengku Suleiman, Timbalan Yang Di Pertua PPPM, YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato' Seri Fatimatuz Zahra Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, YBhg Dato' Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya PPPM dan semua Pemimpin Tertinggi dalam Pandu Puteri Malaysia serta Para Peserta di seluruh Malaysia (Sabah & Sarawak) yang telah berjaya di anugerahkan Sijil Pandu Puteri Raja. Pengiktirafan Tertinggi kepada para peserta di atas pencapaian cemerlang khususnya dari aspek kepimpinan, disiplin dan sahsiah diri.
Terima kasih TGB, terima kasih buat Cikgu Huda & semua guru-guru Pandu Puteri yang telah terlibat, memberi sokongan dan tunjuk ajar.
Kredit #Poster IG/FB dari TGB
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.
Terima kasih Puan Toh Wooi Wah, Ketua Pesuruhjaya Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Beliau seorang pemimpin yang sangat disenangi, suka menolong, sentiasa memberi ilmu dan memudahkan 'cara' peserta. Seorang yang sangat humble dan penyayang. Terima kasih sentiasa menyayangi Balqish.
Bersama Puan Khairiah Hasbullah, Ketua Pandu Puteri MRSM /
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan MARA juga sentiasa berada disisi Balqish.
Barisan Tulang belakang yang menjayakan projek Pandu Puteri RAJA. YBhg Dato' Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Malaysia, Puan Toh, Ketua Pandu Puteri Cawangan KL, Puan Khairiah, Ketua Pandu Puteri MRSM.
Simpan untuk Kenangan bersama YBhg Dato' Yeoh & Puan Toh
Bersama Puan Khairiah, Ketua Pandu Puteri MRSM / Ketua penolong Pengarah Bahagian Pendidikan
Terima kasih dekat papa yang bertungkus lumus menjahit semua lencana dekat selempang kuning, mama memang tak mahir dengan menjahit dan menyusun atur, nampak macam mudah tapi sakit kepala nak menyusun aturnya mengikut protokol penyusunan.
Minum petang bersama sebelum berangkat pulang dan sessi bergambar.
Congratulation
ReplyDeletetahniah Aqish...anak luarbiasa hebat ni,lama tak baca cerita Aqish,tahun ni dah form 5 kan?
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah Balqish! Berkat usaha gigih tanpa jemu 👍🏻
ReplyDeleteTahniah dapat anugerah.
ReplyDeleteTahniah Balqish.. Tahniah juga buat semua.
ReplyDeleteSenyum tanda kepuasan di atas kejayaan.
Aiiih ikut senang saya membaca tulisan ini 😍😍👍👍. Congrats balqish 🎉🎉🎉. Semoga semua ilmu Pramuka yg didapat bisa sangat berguna dan diterapkan dalam kehidupan
ReplyDeleteWah!Hebatnya.Tahniah buat anakanda Kak Mieja.Terus maju jaya hdknya
ReplyDeleteWow! Uncle tumpang bangga!
ReplyDeletecongrats to ur daughter! terbaek laaa
ReplyDeleteAlhamdulillah dan Tahniah Balqish. Ehh first photo barisan depan tu ada my school friend rasanya.
ReplyDeleteTahniah pada Balqish! 👏👏 Acik tumpang seronok.
ReplyDeletetahniah balqish. betul tau, nak berjaya dlm unit beruniform ni mmg the whole team kena komited, jika hangat- hangat mmg tak sampai puncak.
ReplyDeleteWah pandai Papa jahit.
ReplyDeleteTahniah Balqish.
Tahniah Aqish.... wowww sangat.
ReplyDeleteSemoga terus cemerlang.
Alhamdulillah.. tahniah buat anakanda..
ReplyDeleteTahniah Balqish. seronok tu sampai dpt ke Korea ye. all the best.
ReplyDeleteAlhamdulillah...Tahniah Balqish..Tahniah jugak Kak Mieja...
ReplyDeleteWow sangat beruntung ni sebab yang mengurniakan ni Raja Permaisuri Agong. Specialnya....Tahniah Balqish!
ReplyDeleteTahniah Balqish.
ReplyDeleteSemoga terus cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.