August 8, 2025

SINGAPURA @ MASJID HAJJAH FATIMAH, KAMPUNG GLAM

Masjid Hajjah Fatimah, Kampung Glam
Beach Road

Solat jamak di Masjid Kampung Glam.
Sempatlah kami berehat meluruskan kaki sebentar. 
Masjid ini telah dibina pada tahun 1846, senibinanya dari gabungan Islam & Eropah.

SEJARAH DARI WIKIPEDIA (Kredit to Wiki)

Masjid yang dibina pada tahun 1846 ini mengambil nama dari Ḥajjah Faṭimah, seorang ahli bangsawan dan usahawan Melayu yang terkenal pada masa itu. Masjid ini dibina di atas tapak rumah lamanya di Java Road. Pada lewat 1830an, rumah tersebut dipecah masuk sebanyak dua kali dan pada insiden yang kedua, rumah itu dibakar dengan sengaja. Ḥajjah Faṭimah, yang tiada di rumah semasa kebakaran itu berhasrat untuk membina sebuah masjid di tapak rumahnya sebagai tanda syukur yang beliau tidak cedera akibat kejadian itu.

Ḥajjah Faṭimah merupakan seorang usahawan yang berjaya pada masa itu. Dilahirkan dalam keluarga yang berasal dari Melaka, Ḥajjah Faṭimah telah mengahwini seorang putera raja Bugis dari Sulawesi yang pada masa itu sedang mengendalikan sebuah tempat perdagangan di Singapura. Namun perkahwinan itu tidak kekal lama kerana suaminya meninggal dunia semasa Ḥajjah Faṭimah masih muda lagi. Beliau mengambil alih perniagaan suaminya dan lama-kelamaan berjaya memiliki armada kapal yang besar yang digunakan untuk meraih keuntungan yang besar dalam perdagangan.

Ḥajjah Faṭimah mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Raja Siti, yang telah mengahwini Syed Ahmed Alsagoff, anak kepada Syed Abdul Rahman Alsagoff, seorang pedagang Arab. Dengan kematian Ḥajjah Faṭimah, segala perniagaannya dipindahkan ke tangan keluarga Alsagoff yang menyambung usaha perniagaannya di bawah nama beliau. Kubur Ḥajjah Faṭimah, serta kubur anak perempuan dan mentuanya terletak di sebuah tempat peribadi di halaman masjid.

Masjid Ḥajjah Faṭimah diwartakan sebagai sebuah monumen nasional pada 6 Julai1973. Masjid ini kini dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Terperasan ada juga beberapa kubur dibelakang (disebalik bangunan) mungkin juga itu milik arwah Hajjah Fatimah dan keluarganya
Masjid yang terletak ditengah bandar.
Laluan ke tempat solat perempuan, bersih dan ada disediakan kelengkapan untuk menukar lampin baby
Dekat papan kenyataan ada list person incharge yang bertugas sekiranya ada masalah emergency /tiada letrik
Partition untuk perempuan.
sekitar pemandangan Masjid Hajjah Fatimah, ramai juga yang beriadah dibawah pokok rimbunan ini


14 comments:

  1. Terjaga betul masjidnya... Alhamdulillah, siap ada tampal PIC, kalau berlaku apa² kecemasan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...Dapat singgah dan menunaikan kewajipan di masjid yang cantik dan bersejarah ni. Selesa nampaknya menunaikan solat di sini.

    ReplyDelete
  3. Menarik sekali, gemerlapan..ada jejantas di atas..Masjid tu sejukmata memandang..indah sekali

    ReplyDelete
  4. Keluarga bangsawan dan hartawan juga lah kalau baca tu... semoga mengalir pahala arwah mewakafkan masjid untuk kegunaan orang ramai.

    ReplyDelete
  5. Cantik tu seni bina gabungan Islam-Eropah. Semoga masjid ini terus kekal terpelihara selamanya.

    ReplyDelete
  6. Bagusnya, ada masjid di tengah bandar. Sedang sibuk berurusan, boleh selesaikan yang wajib.

    ReplyDelete
  7. Bangunan masjidnya terlihat cantik dan unik...
    Mata terasa sejuk memandang masjid ini.

    Salam,

    ReplyDelete
  8. Saya tak ingat pernah ke mesjid ini atau tak. Dulu tiap ke SG, Krn memang hanya nak main wahana extreme, jadi yg sering saya visit kebanyakan Clarke Quay. Kalo ke SG lagi, teringin eksplor tempat2 historis nya

    ReplyDelete
  9. MZ pernah sampai sini! but many2 years ago laaa

    ReplyDelete
  10. Berdiri kukuh masjid walau dah lebih seratus tahun kan.. alhamdulillah tak putus pahala yg buat masjid ini..

    ReplyDelete
  11. Besarnya masjid ni .tak pernah sampai lg.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih kakMieja, bawa kita jalan-jalan sekali.
    Seronok tengok tempat-tempat ada art tu.
    Masjidnya cantik belaka.

    ReplyDelete
  13. Singah lagi..hendak lihat entry baru..anak Etuza ada ke Singgapura..memang hebat di sana

    ReplyDelete
  14. kami lalu je hari tu deppan masjid ni...
    nanti ada rezekii dtg sana lagi bolehlah singgah...

    ReplyDelete