August 8, 2025

Singapura @ Garden By The Bay

Destinasi akhir kami adalah ke Garden By The Bay
Melihat kerlipan lampu dan Salji turun kononya
kalau rajin, boleh naik dekat atas melihat panorama dari aras tinggi, sekitar Singapura & Tambak Johor

Petang-petang ramai yang beriadah bermain layang-layang, meriah betul dekat padang.
ada yang berjogging, ada yang berbasikal.

Salji yang ditunggu-tunggu oleh semua orang, gitu...ahaks
Video dari Lampu-lampu
Naik esculator  untuk ke Garden ByThe Bay, jauh juga nak berjalan. 
Makcik nak pengsan dah ni...penuh ring fitness berpusing-pusing entah berapa kali ring
Meriah, ramai yang bawa anak-anak bermain layang-layang.
Meneruskan perjalanan ke Garden By The Bay. Tak sesuai untuk warga emas berjalan jauh.
Pertunjukan lampu dan salji akan bermula jam 8.00 malam, maka menunggulah kami.
Menuju ke entrance yang dijaga oleh kakitangan disitu untuk masuk 
Dari cerah hingga ke malam, semakin ramai orang berpusu-pusu kesini untuk melihat pertunjukkan lampu dan salji
Lantas terfikir, setakat lampu-lampu begini menjadi daya tarikan, bagusnya yang memberi idea


sikit demi sikit, keluarlah lampu pelbagai warna




jenuh nak menunggu bunga api jam 8.00 malam
lampu-lampu pelbagai warna





Selesai sahaja pertunjukkan lampu dan Salji turun, kami terus berangkat ke MRT
Turun esculator untuk exit entrance 
air laut tu nampak tenang tapi menyeramkan bila fikir dua-tiga kali
keluar dan menuju ke MRT untuk pulang ke Johor Bharu
berakhirlah trip sehari dekat Singapura
menuju ke Woodland, ambil bas dekat sana.
Naik bas ke Woodland, bas penuh kami duduk belakang sekali (tempah tiket secara online)

Maka, berakhirlah perjalanan satu hari kami di Singapura.


46 comments:

  1. Cantik! Dah lama tak ke Singapore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sama macam dulu, dulu lagi best.....rindu PM lama SG 😀

      Delete
  2. Garden By The Bay tempat wajib pergi kalau ke Singapore. Siang dan malam tempatnya cantik. Waktu malam meriah dengan lampu dan saljinya. Idea yang menarik untuk tarik pengunjung datang.

    ReplyDelete
  3. terkenang pulak dengan adik saya yang kini memburu dollar di kota singa

    ReplyDelete
  4. tetiba jadi teringin nak ke Spore. dah berkurun tak pegi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sama macam dulu kak, skrg kotor sikit...sejak warga china bersepah...bergaduh sesuka hati terjerit-jerit (depan mata saya)kesian anak-anak kecik bergaduh dikhalayak ramai

      Delete
  5. Tertunggu juga gambar saljinya... Ada ke? Ke PH tak perasan hihi...
    Lama nau dah tak ke Singapore

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahahhah itu salji tifu...tak rasa pun entah-entah gabus halus😂😂😂

      Delete
  6. Tunjuk lampu2 camtu pun ramai orang datang tengok kan. Meriah suasana malam disinari lampu2 cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan, takat lampu-lampu gitu ramainya manusia

      Delete
  7. Orang kata kalau tak berfoto2 kat sini sama macam tak sampai spore la kan?

    ReplyDelete
  8. belum pernah ke Spore tp anak sy pernah ke sana dlm lawatan sekolahnya dulu..

    ReplyDelete
  9. Cantikkkkkk
    Macam nak kena pergi lagi ni sebab last year pergi tak sempat nengok pokok lampu-lampu tu.

    ReplyDelete
  10. Biasanya begitulah, ambil masa sehari jew trio Singapore.

    ReplyDelete
  11. Sehari pun cukup jenjalan ke sana... berapa la habis trip sehari tu kan. Tapi cantik gambar dekat situ

    ReplyDelete
  12. Kena pakai kasut sukan ni, sebab jalan banyak. Cantiknya, tempat orang. Saya tak pernah ke Singapore.

    ReplyDelete
  13. cantik view malam di garden by the bay tu...pi spore dlu kala smp USS je ...tk sempat round2 tmpt lain

    ReplyDelete
  14. Betah lah lihat aneka lampu dan cantiknya garden by the bay ini. Memang harus balik ke sana ajak anak2 nampaknya 😁. Oh kakak tak menginap yaaa. Boleh juga saya tiru itinerary nya. Jadi tak usah menginap

    ReplyDelete
  15. tak pernah pergi Singapura lagi..zaman sek dulu sampai Tambak Johor je

    ReplyDelete
  16. Lama betul tak ke Singapore. Cantik Garden By The Bay.

    ReplyDelete
  17. Sampai sekarang tk pernah pergi singapore. Padahal dekat je xD

    ReplyDelete
  18. Pernah masuk Singapore ni tapi naik kenderaan sendiri dan drive sendiri kat situ. Cantiknya pertunjukan lampu tu.

    ReplyDelete
  19. BW https://belogsjm.blogspot.com/2025/08/segmen-blogwalking-jejak-jiwa-dalam.html?m=1

    ReplyDelete
  20. cantik view situ, dulu pergi Singapore tak de lagi garden by the bay tu..

    ReplyDelete
  21. Yalah sayapun lama tidak pergi Singapura. Dahulu duduk JB selalu juga seberang. Tq tunjuk keadaan di sana.

    ReplyDelete
  22. Cantik view malam. Lama dah tak pi Singapore

    ReplyDelete
  23. nice sgt! dh lama betul saya tak ke singapore, lupa dh bila last ke sana

    ReplyDelete
  24. cantik nya lampu lampu tu waktu malam... hari tu dtg siang sebab ada kids carnival.. insyallah lepas ni nak try dtg malam pulak la... the kids mmg suka lampu2 ni :D

    ReplyDelete
  25. Macam- macam ada dah kat sana kan Kak Mieja..SA pernah pi sekali...itupun urusan kerja..lepas tu balik KL terus..day trip gak

    ReplyDelete
  26. Terfikir jugak nk ke sana sehari tp fikirkan jauh dr utara memang kena plan stay 2 atau 3 hari baru berbaloi

    ReplyDelete
  27. Wow menarik tempatnya,,
    Dah dekat ni, boleh la jenjalan nanti

    ReplyDelete
  28. Salam kenal Amiizaa... Tak pernah lagi sampai Singapore, moga suatu hari nanti dapat menjejakkan kaki ke sana.

    ReplyDelete
  29. Wahh cantik! Cuya tak pernah ke Singapore lagii

    ReplyDelete
  30. kat sini waktu malam mmg cantik
    sy msk sini dulu siang...
    tu pun tak explore smpi ke dalam...
    pergi dgn rombongan mcm tu laa...
    catu masa

    ReplyDelete
  31. Eh eh cantik la jugak.cuma simple..Lamanya tak ke Singapore. Pernah pergi sekali sebelum Covid. Lepastu passport pun dah mati. Tak terpergi .

    ReplyDelete
  32. rasa macam dah tulis komen utk entri ni, tapi takpela. tulis je la lagi.
    thank you kakMieja bawa kita jalan-jalan Singapura yg sememangnya ku hanya mampu melihat dikejauhan.
    sangat cantik tempatnya.

    ReplyDelete
  33. Bunga api dia mmng ada setiap malam ke? Sebab haritu tgok kawan gi singapore ada fireworks jugak

    ReplyDelete
  34. Kita duduk JB sebelah ni je, tapi tulah. Tak sempat-sempat nak pergi lagi. HAHAHAHA.

    ReplyDelete
  35. Saya dah dua kali ke sini tapi sebelum malam dah beredar. Nampak menarik betul suasana malam.

    ReplyDelete