August 6, 2025

Kucing@ Kisah dibuang Tuannya

Kisah kucing yang dibuang tuannya
semalam, singgah membeli pasir anak-anak bulus

Hujan renyai-renyai, terpandangkan budak dua ekor ini sedang tidur
Allahuakbar, kesiannya. Tanya budak yang berkerja dikedai Pet
katanya yang coklat tu baru dibuang
sebab sebelum ini tak pernah nampak
Oyen tu kena buang dengan tuannya dah hampir berbulan, mereka 3 beradik
tinggal dia seekor yang masih setia di situ, setiap hari dia duduk disitu tidak kemana-mana

setiap kali datang kekedai pet ini, muka oyen ni seolah-olah berkata 'ambillah aku'

dia juga dah start selsema, sebab dah duduk diluar agak lama
sedih rasa, nak ambil bawa balik
dekat rumah dah penuh dengan stray cat yang menumpang makan
takut tak terjaga, bila dah ambil tanggungjawabnya juga sangat besar
walau hanya sebagai kucing jalanan
kebajikan mereka tetap dijaga seperi vaksin, ubat cacing dan ubat kutu.

kepada tuan kucing, janganlah tega berbuat sebegitu
kesian dekat anak bulus, mereka hanya menumpang kasih
mereka tak pandai mencari makan sendiri, kesiankanlah mereka 😥😥


kalau rasa tak mampu, tak perlu membela kucing
itu lebih baik....kalau memberi makan untuk kucing jalanan 
bagilah makanan yang proper seperti biskut kucing bukan bagi tulang ikan/ayam


29 comments:

  1. Kesiannya. Kalau tak nak bela jangan le aniaya binatang

    ReplyDelete
  2. Stray cats merata2..kita tlg mana yg boleh insya Allah

    ReplyDelete
  3. kesian kucing tu...tapi apa kan nasib nya

    ReplyDelete
  4. kesian stray cat kan? kadang sedih tengok pandangan sayu mata mereka

    ReplyDelete
  5. semoga ada insan yang baik hati adopt dorang..

    ReplyDelete
  6. Muka si oyen tu macam muka Leo kucing angkat kami. Oyen juga dia pun :3
    Betul, besar komitmen bila kita jaga kucing even stray cats pun. Bukan sekadar bagi makan je...

    ReplyDelete
  7. Kesiannya...Tuhlah .Kadang bukan tak nak bela tapi sendiri punya pun dah Banyak..Kan...Semoga terbela nasib si kucing..

    ReplyDelete
  8. Tak dinafikan ada juga yang buang cat ni di mana2..paling sedih cat kena gilis kereta di jalan raya

    ReplyDelete
  9. Kesiannya mereka. Kenapalah tak hantar di pusat jagaan kucing je kalau tak mampu kan. Menganiaya haiwan je buang merata-rata.

    ReplyDelete
  10. Kesian....tapi yg warna coklat tu comeny larhhhh...

    ReplyDelete
  11. Kesiannya, nampak muka dia sedih... mesti dia sedia tunggu tuannya tu...

    ReplyDelete
  12. kesiannya kat rumah akak pun ada 13 ekor kucing, anak2 kesian bila ada anak kucing dibuang, kami jaga sampai beranak pinak. Minggu lepas si Angah bawa balik anak kucing dan dah jadi ahli dalam rumah. Geram bila tengok orang main suka je buang kucing..

    ReplyDelete
  13. Kesian pulak citer ni ya....nak bela ni tanggungjawab besar.

    ReplyDelete
  14. Sedihnya tengok. Sejak dah mula bela stray cat ni, saya mudah sedih tengok kucing terbiar.

    Saya harap sangat kerajaan atau NGO buat program pemandulan untuk kucing jalanan. Itu antara usaha yang boleh dibuat untuk kawal populasi.

    ReplyDelete
  15. Aiyo... sedihnya! Tengah makan masa baca post ni. Terasa macam nak menangis. Kesian sangat. PH pun macam tu, kalau nampak kucing yang kena buang, my heart breaks to pieces. Rasa macam nak bawak dia balik tapi dah ada 4 ekor kat rumah. Tak larat nak tambah lagi. I hope somebody yang sayang kucing will adopt both of them.

    ReplyDelete
  16. siannya sedih pula tengok meow ni comel sgt ambillah miza bela kucing ni murah rezeki

    ReplyDelete
  17. Kesiannya dia...kat rumah SA ni makin banyak akwan2 si Brown tu dia bawak datang rumah, konon2 kat rumah kami banyak makanan kan....geram je kadang- kadang..duk fikir yang kucing ni pembawa rezeki...PZ bagi je la kucing ni semua makan...

    ReplyDelete
  18. Kami duduk merata pindah randah. Sedih bila ada jiran yang pindah, kucing yang dibela lama, ditinggalkan macam tu saja. Kami kadang2 letak je cat food belakang dapur, sebab memang tak bela kucing. Monyet, tupai semua datang sama2 makan 😂😂😂

    ReplyDelete
  19. saya tk bolehla baca pasal citer kucing kena buang ni macamni, sedih sangat :( petshop tu tolong jagakan kucing ni ke? sebab ada collar tu

    ReplyDelete
  20. Kesiannya...comel pulak dua2 ekor.Oyen tu muka innocent betul

    ReplyDelete
  21. Alaaaa... uncle dah sedih la pulak...

    ReplyDelete
  22. Kita tak boleh bela sebab kita penakut kucing. hehehe

    ReplyDelete
  23. Banyak yang perlu dipertimbangkan bila nak bela kucing ni. Saya sendiri setakat seekor tu bolehlah lagi. Kalau kucing jenis selalu dalam rumah dan sekali sekala keluar memang kena dikasi sama ada jantan atau betina supaya tak membiak, bila dah beranak pinak nanti dah tak mampu nak jaga.

    ReplyDelete
  24. Kucing kita ada lima ekor, bila nampak kucing luar rasa comey ja, bila hadap kucing sendiri maigosh, rasa jadi hulk. kitten ku dah stat eksplore rumah.

    ReplyDelete
  25. Sebagai ibu dari 5 ekor kucing di rumah, saya sediiih kalo lihat kucing2 dibuang begini 😔. Kenapalah Setega itu mereka yaa. Kalo tak nak pelihara, janganlah asal dibuang begitu saja 😭.

    Betul kak, memelihara pet, butuh komitmen tinggi. Kasih makan, obat kutu, obat cacing. Divaksin juga. Kalo tak nak, cukup kasih makan yg hewan2 stray di jalan. Saya rela tak bisa mudik tiap lebaran, karena asisten saya pulang kampung, sehingga kucing2 tak ada yg menjaga.

    Demi mereka , saya tak tega meninggalkan semua tanpa ada yg menjaga. Bagi saya pun dah macam anak sendiri kucing2 di rumah.

    ReplyDelete
  26. Nak bela kucing ni kena ada jiwa dan rajin.

    ReplyDelete
  27. Suka sedih kalau melihat kucing liar di jalanan,
    Tapi saya tak mampu juga merawat kucing di rumah, karena di rumah sudah ada 5 ekor kucing.
    Yang biasa saya lakukan, paling hanya memberi makan saja. Biasa saya membawa makanan kucing kalau pergi jalan kaki pagi...

    Salam,

    ReplyDelete
  28. Area rumah ni bukan buang kucing besar tp kitten. Kdg kesian sampai ke pg bunyi nyaring, mungkin lapar

    ReplyDelete