July 16, 2025

KEUKENHOF TULIPS, BELANDA

Sambungan kisah percutian di Belanda

MZ jangan lupa datang ke Keukenhof kalau tarikh visit MZ (march-awal may 2026)
dah alang-alangkan.....sambil berconference sambil nyelam minum air hehheheheh

Selepas sarapan pagi, kami keluar menaiki bas
kali ni kami tak naik van hotel, kita try belajar naik bas hingga ke Schipol Airport
Dekat Schipol Airpot ambil train untuk ke Amsterdam Centre
Kami order tiket awal,  beli secara online https://s.klook.com/

Beli tiket secara online awal beberapa bulan sebelum bertolak ke NL
sebab tiket Keukenhof selalunya akan sold cepat
Ambik tiket dekat Amsterdam Centre dan bas menunggu di point yang telah ditetapkan

Kami ke Keukenhof, terletak di Lisse, Belanda
perjalanan menaiki bas jam 9.30pagi dan sampai disini jam 10.30pagi
Semasa kami pergi, dah hujung-hujung musim, lagi 2 hari nak tutup musim tulip
Musim tulips bermula pada sekitar 21 Mac hingga 12May 

Kami sampai jam 10.30 pagi, dah ramai yang sampai. Warga emas ramai, bagus betul pusat penjagaan, mereka membawa warga emas ini bersiar-siar berjalan untuk perkembangan minda. 

Masuk ke Keukenhof, tunjukkan tiket dan bebas nak berjalan didalam kawasan ini, pastikan pakai kasut yang selesa sebab banyak berjalan dalam kebun bunga.

Jom kita layan munga-munga yang cantik, duduk dalam ni memang terasa tak nak keluar....ada pelbagai warna......terlalu banyak jenis warna....





geram rambang mata 






















Ruang untuk membeli belah anak benih, tak beli dekat sini, mahal. Beli dekat pasar amsterdam lebih murah dan berbaloi.

semuanya menawan hati 


pelbagai jenis amarlylis


Masuk ke rumah kaca, dalam ini menempatkan juga bunga zaleha@hydrangea, amarlylis, lily, Lilium dan pelbagai jenis.

Hyandragea

amarlylis




Lily




Allysa & Aqish beratur  beli aiskrim sebelum balik 


Allysha, Aqish & Ali


masa yang diberikan dah hampir tamat, maka kami bergerak ke tempat bas. Ramai orang dekat Cafe sebab dah masuk ke waktu makan tengahari. Kami plan nak makan tengahari dekat Amsterdam.


Semakin ramai pengunjung yang hadir, kami menghala ke tempat bas untuk balik ke Amsterdam Centre


21 comments:

  1. waaa geramnya tgk semua bunga2 ni esp tulips! my trip (kalau jadi) either in jan or feb, so tak sempat ler nak tgk tulips..bln oct nanti akan confirm jd ker tak...hrp ada rezeki i nak ke Belanda ...best laaa gmbr2 u ni! anyway, tulips tu i dh biasa tgk jugak zmn2 i dok Notts..ada jer ditanam kat taman2 (area Notts)..terasa nak korek gmbr2 lama hahahahah

    ReplyDelete
  2. cantiknya bunga tulip tu...pernah ada gmbr dgn bunga tp dkt korea kiranya die buat ala2 mcm kita dkt holland

    ReplyDelete
  3. cantik tulip pelbagai warna bwah pohon rimbun agaknya kat sini boleh tanam banyak dlm dusun durian

    ReplyDelete
  4. Ramai betul pengunjung di sini. Keukenhof ni antara tempat wajib singgah lah kiranya. Tengok bunga-bunga cantik satu terapi juga. Geram betul tengok bunga tulip yang pelbagai jenis. Bunga-bunga lain pun cantik menangkap pandangan mata. Seronoklah jalan-jalan tengok bunga. Nak bergambar pun cantik tempatnya.

    ReplyDelete
  5. Impian saya ke sini sudah tentulah waktu musim bunga. Selalu terbayang bergambar berlatarkan bunga tulip. Sayangnya waktu cuti tak pernah bertepatan dengan spring. Harapnya dapat jejak juga ke sini satu hari nanti.

    ReplyDelete
  6. Yang hitam tu pun, bunga tulips ke? Wah.. betul-betul macam-macam warna ada, ni. 😍
    Waktu bawa masuk biji benih atau anak pokok dari oversea ke Malaysia, kena kuarantin dulu ke, oleh Jabatan Pertanian?

    ReplyDelete
  7. Wow...bunga-bunga dengan berbagai warna, terlihat sangat cantik, Mbak.
    Bahagia sekali Mbak telah sampai wisata ke sana.

    Salam,

    ReplyDelete
  8. Segar betul bunga-bunga kat sana.

    ReplyDelete
  9. Geram pulak tegok itik putih melepak tu.... Bawak balik tak?

    ReplyDelete
  10. Ya Allah cantik betul bunga2 tulip ni ya. Berwarna warni sangat. Saya pernah jumpa tulip ni kat Araluen Botanic Park, Western Australia. Memang ada festival Bunga Tulip. Tak jauh dari Perth.

    ReplyDelete
  11. Wah!!!! Cantiknya pemandangan dan bunga-bunga tulip! Angan2 PH nak ke Belanda suatu hari nanti. Angan2 Mat Jenin kot. LOL!

    ReplyDelete
  12. Cantiknya tulip..carla lily...pitam kalo dpt tgk dekat2 ni..

    ReplyDelete
  13. seronoknya tengok semua bunga dekat situ. saya tengok dalam gambar pun dah happy apatah lagi kak mieja yang pergi sana. untung lah local situ boleh selalu healing tengok bunga

    ReplyDelete
  14. Cantik dan kalerful.
    Rupanya tulip rupa itu bila dah penghujung musim.

    ReplyDelete
  15. Ok SA is jealous..cantiknya tulip2 tu..ada yang dah kembang...nampak yang awarna hitam, benih2 lily...adoiiii...sedangkan SA pi CH pun dah rasa seronoknya dikelilingi bunga...

    ReplyDelete
  16. Masya Allah 😍😍😍😍😍😍. Super cantiiiiik semua bunganya kak. Beraneka warna pulaaa. Sampai ada yg hitam yaaaa. 👍👍❤️. Nampaknya kalo kesana saya hrs liat bulan juga. Selama ini tiap ke negara 4 musim, saya selalunya winter, tak pernah spring. Krn memang mengincar salju dan suhu dingin. Tapi sesekali bolehlah saat spring. Banyak bunga dan cantik biasanya

    ReplyDelete
  17. Cantiknya tulips!!! Memang ralitlah kalau masuk sini kan, semua lawa-lawa
    Eh baru tau hydrangea tu namanya bunga zaleha. Cute :D

    ReplyDelete
  18. subhanallah..cantiknya bunga2..bestnya

    ReplyDelete
  19. 2026?

    cantik-cantik belaka.... gerammmm je tgk bunga2 banyak mcm ni kan?...

    dulu2 berangan nak gi belanda tgk tulip. last2 dpt tgk tulip ms gi vietnam hahahha jadi laa janji dpt tgk tulip dpn mata sendiri....

    ReplyDelete
  20. MasyaAllah ..cantiknya taman-taman bunga .. kembang mekar

    ReplyDelete
  21. Salam singgah..wow! jauh berjalan..sangat indah, ramai orang ya di sana..pasti happy sangat anda dan kawan-kawan

    ReplyDelete