⌚Sabtu 19/7/2025
π₯Padang Softball UPM
Hari Sabtu ke padang Softball UPM untuk memberi sokongan moral untuk Ali. Team KPTM ada perlawanan persahabatan diantara UPM & KPTM. Pertama kali dapat luangkan masa untuk turun melihat Ali bermain dipadang, kebiasaannya selalu clashing dengan timing dan aktiviti kami yang lain.
Ali bukan pelajar KPTM, tapi sangat bersyukur beliau diterima sebagai pemain KPTM. Coach yang memimpin team KPTM adalah Coach yang membimbing Ali sejak dari awal usianya di sekolah rendah hinggalah ke menengah, hinggalah Ali dekat universiti Coach masih membimbing Ali.
Dulu merata jugalah Ali training dengan Coach, bila Coach ada dekat padang UM kami hantar pergi ke padang UM, bila Coach berpindah dekat padang di KL, kami hantar ke KL, bila berpindah dekat padang UKM, kami sanggup hantar ke padang UKM juga. Sekarang dah ada lesen, dah boleh memandu sendiri, Ali memandu terus untuk pergi training dan juga perlawanan yang berada disekitar KL & Selangor.
Terima kasih Coach! Diatas bimbingan tanpa pernah jemu ππππ₯
Kalau ada yang follow blog saya sejak dari awal dulu ~Blog Diari Famili Kami~,
Ali Iqbal lah pencetus saya menulis di blog ini, kerana dia, allah bagi melimpah ruah susu, dan ada satu ketika tak habis minum dan terpaksa dibuang sebab dah expired, walaupun masa tu ada anak susuan, dari situlah tercetusnya berkongsi tips untuk perbanyakkan susu badan, cara mengepam susu serta cara menyimpan susu (ebm). Beliau kini telah pun berusia 19 tahun, kejap sahaja dah dewasa hehhehhehe.
Pernah juga blog saya tiba-tiba tak boleh nak login selama beberapa tahun, masa itu dah rasa gelap....selalu berkata sendiri, aku dah tak boleh menulis ke? sayangnya blog aku hilang begitu sahaja...dapat melihat blog sendiri tetapi tak boleh nak log-in. Umpama seperti melihat diri sendiri, tetapi roh tidak masuk kedalam badan....serius sedih ketika itu.
Alhamdullilah setelah pelbagai usaha, akhirnya saya dapat kembali keblog.
Terima kasih allah!
Muka dah bolat, tengah berusaha menaikkan berat badan untuk stamina,
baru perasan dalam bilik ada koleksi dumbbell set yang baru nampaknya






Keep it up Ali ππ»
ReplyDeleteTak tahu sangat pasal soft ball tapi bagus bersukan ni tak kira main apa pun kan
TQ aunty
DeleteDah minat bersukan, tak apa tu..lelaki kena bersukan, apapun sukan asal jaga keselamatan dan berpada-pada
ReplyDeletebetul, keselamatan diri kena jaga juga
DeleteThe best Ali..
ReplyDeletetq uncle etuza
DeleteBlog boleh hilang?....ya allah ini memang menakutkan....nasib baik dapat balik ya. Oh lawan kat UPM ke...kat mana la padang softball ni.
ReplyDeleteblog tak hilang, tapi password tiba-tiba tak boleh masuk..huhuhu padang sofbol upm dekat dgn kolej chancellor.
DeleteKira pemain import la ni?
ReplyDeleteaahhhh uncle
Deletehebat ali! haha saya ni kalau main suka yg melibatkan bola ke, badminton atau pingpong terus tak boleh ye.kita lemah dengan bola2 kecik xD
ReplyDeletehehhhehhe bola basebol lgi kecik...
DeleteAlhamdulillah.. dapat kembali blog. Tak dapat bayangkan jika blog tak boleh login, mesti sedih sangat...
ReplyDeletesedih sangat emma
Deletewahhh seronok nya main bola ye hihihi
ReplyDeleteisi masa lapang dan minat hehhehe
DeleteI don't know much about softball, but your photos are wonderful and it is great to see people getting together for a fun sport, fresh outdoor air and exercise. Thank you so much for sharing, and warm greetings from Montreal, Canada.
ReplyDeleteThanks Linda for visiting my blog and nice knowing u.
DeleteAaaa.... kolej canselor... kolej sy dulu tu... rindunya nak pergi galeri situ... malam² happening je area depan galeri tu dulu
ReplyDeleteBagus Ali mmg minat giler dia dgn sofball... teruskan semangat... chaiyokkk Ali
wah mim alumni UPM ❤❤❤
DeleteBagusnya Ali. Semoga terus maju jaya ye.
ReplyDeleteTq aunty fiza
Deletealhamdulillah, dh besar yer Ali :) selamat kembali berblog jugak!!!
ReplyDeletetq MZ.
DeleteSemuga berjaya. Tak pandai pulak pasal game ini.
ReplyDeleteKeep it up Ali...all the best...
ReplyDeleteTQ aunty SA
DeleteMelihat anak sudah besar, rasanya baru kemarin mereka dilahirkan ya Mbak. Seperti apa yang Mbak ceritakan tentang Ali yang kini sudah berusia 19 tahun.
ReplyDeleteSukses selalu untuk Ali...
Salam,
thank you uncle
DeleteTerbaik!! Semoga terus sukses tau..
ReplyDeleteSoft ball dgn base ball lain yea..? Ingat sama jea.. semoga anak akak terus sukses dalam sukan yang diminati, semoga pasukannya menjadi juara...
ReplyDeletekalau dah minat... kulit gelap pun tak jadi masalah.... mcm anak kenalan mama sy. punya laa suka rugbi. patah riuk ke blkg kira. janji dpt main hehehe
ReplyDeleteKalo anak lelaki memang tak kisah olahraga panas2an begini ππ. Makin gelap kulit mereka, makin suka malah hahahahah.
ReplyDeleteBagusnya coach ni bagi peluang untuk Ali. demi coach, kemana saja pergi Ali ikut. Kalau dah minat, tak ada apa dapat menghalang. Ooo begitu kisahnya. Ali pencetus idea berblog.
ReplyDelete