June 16, 2025

Monday Blues

Lama rasanya tak rasa mcm kemalasan dihari isnin😁
Nak keluar pergi pejabat, Chichi & mamanya Gucci dah bersantai atas tembok.
dah makan, malam tidur dalam rumah
siang depa lagi suka santai kat luar

perhati jerk mama nak pergi pejabat, haih budak notti ni.
dah besar masih ada hati nak nenen mama dia
masing-masing dah dimandulkan


Gucci tengok jer....jaga rumah..nanti tolong halau monyet kalau sepahkan kibbles.
monyet-monyet suka datang sepahkan kibbles, makan buah jambu disepah-sepahnya.
pening tengok kalau bab menyepah ni...

Awal pagi hujan lebat, habis semua tempias
Pokok kari yang tinggi tu pon melentok-lentok dibawa angin kuat
Pokok anggur dah semakin menjalar memanjat pokok kelapa

                                                         daun dah semakin besar-besar

Pokok Anggur yang semakin menjalar ke atas pokok kelapa


Tak termakan dah daun kari ni, mudah pulak dia hidup merata-rata tumbuh. 
Yang ni dulu tanam dalam pasu, dekat luar pagar pun dia tumbuh melata.

32 comments:

  1. Kak SA pun sama, penat dan tak cukup tido..padan muka kak SA sebab semalam bantai tido siang..so malam tadi nak tido terkebil2...

    ReplyDelete
  2. bestnya pokok kari tu, suka gila tengok sebab membesar helok.
    mieja.........aaa, teman lama blogger. you make me terus rasa semangat nak update blog. sukanya kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cha.....meh nak hugs hugs....kagum dgn cha tak pernah miss menulis...caiyok...tau tau semua anak-anak kita dah besar/dewasa kan.....kenal zaman mereka kecil....

      Delete
  3. Gebusnya kucing² tu. Seronok tengok ada halaman boleh bercucuk tanam,,

    ReplyDelete
  4. salam kenal..comeinya anak bulus dia

    ReplyDelete
  5. Nanti kalau anggur tu dah menjadi.. Nak tengok hasilnya...

    ReplyDelete
  6. Suka monday blues ya Mbak.
    Sama dengan saya waktu dulu masih bekerja, kadang mengalami juga monday blues.
    Kucingnya lucu-lucu Mbak...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mungkin sebab mash berkerja, hatinya dirumah hhhehhe

      Delete
  7. eh eh eh... geramnya tengok ekor kucing2 tu... kembang semacam!

    ReplyDelete
  8. Comelnya anak bulus.
    Suburnya pokok kari.

    ReplyDelete
  9. Ramai penjaga rumah tu. Bab monyet/kera ni jadi satu masalah pula kalau jenis mengacau tu kan. Rare tu pokok anggur menjalar di pokok. Semoga berhasil tanaman anggurnya.
    Pokok kari kalau dah banyak, cantas nanti biar rimbun je.

    ReplyDelete
  10. hee..hee... cutenya squad halau monyet. My cats plak suka jaga ruman jiran. Haiz!

    ReplyDelete
  11. Monday blues sebab nak teman Gucchi dan Chichi halau monyet kot, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahhaha...pening dgn monyet-monyet ni, dgn kita dia tk takutlah wak

      Delete
  12. area rumah nieyl pun ada monyet2 ni..
    skali dia dtg, macam nak roboh bumbung rumah

    ReplyDelete
  13. Pokok anggur? Wah!

    Pokok kari saya pun, banyak betul tumbuh anak kelilingnya. Tak larat nak buang dah. Cuma cantas pokok induk je kasi rendang.

    ReplyDelete
  14. Pokok kari tu, once bila dia dah besar memang senang je tumbuh.. Cepat je dia naik merata-rata tempat..

    ReplyDelete
  15. Anak bulus ni boleh cairkan hati orang yang tengah marah pun! Comel tahap boleh jadi model Whiskas ni 😹

    ReplyDelete
  16. comel kucing dia..meriah daun kari tu

    ReplyDelete
  17. wahhhhhhh tak sabar nak tengok anggur berbuahh!

    ReplyDelete
  18. waaa ada pokok anggur ker?? saya curious sgt2 nak tgk buah anggur kat msia hehehhe

    ReplyDelete
  19. Tak lama nanti berbuahlah anggur tu. Kami tanam belakang rumah, umur setahun dah berbuah.

    ReplyDelete