June 11, 2025

Bila hidup kembali berdua

Bila anak-anak dah semakin dewasa
Maka sedikit demi sedikit kehidupan berubah 
kembali berdua seperti mula-mula baru nak bina kehidupan berdua (suami isteri)


hilang sudah hiruk pikuk keriuhan anak-anak
memasak juga dah jarang-jarang
bila memasak, makannya tak seberapa banyak dah
boleh di ulang berhari-hari, masak tak banyak mana pun
1 pot beras pon tak habis


tanda-tanda semakin kearah hari tua
begitulah roda kehidupan 


semalam masak sup daging+kentang sahaja
tak habis
ada lagi boleh makan waktu lunch (lunch balik sekejap dari pejabat)
sambal petai+tempe masak untuk aqish nak balik keasrama ada lagi berbaki


20 comments:

  1. lauk simple sedap tau, lagi ada teman makan

    ReplyDelete
  2. linda dah jejak kaki sini...
    Semoga sihat2 selalu buat akak dan suami...
    linda pula tengah fasa haru biru 😂😂, anak 4 semua tengah bersekolah...

    ReplyDelete
  3. Sunyi bila anak2 dah jauh, kan.

    ReplyDelete
  4. sup daging dan kentang makan panas2 memang nikmat.

    ReplyDelete
  5. Seronok makan macam ni. Roda kehidupan terus berputar.

    ReplyDelete
  6. Begitulah roda kehidupan kita. Kita syukuri dan nikmati kehidupan apa adanya.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kak sbb follow nieyl..
    nieyl dah follow akk juga...

    ReplyDelete
  8. betul sgt2...tp itulah lumrah kehidupan

    ReplyDelete
  9. kak ana setakad ni masih bertiga dengan anak bongsu yang masih bersama kami, tapi bila keluar selalunya berdua juga, dah tak nak ikut hehe :)

    ReplyDelete
  10. x pee ncuti sekolah riuh laa balik tu...
    boleh hanimun kali kedua hehehe

    ReplyDelete
  11. Begitulah roda kehidupan ya Mbak.
    Saat ini satu anak saya sudah menikah dan tinggal beda kota. Tinggal dua anak lagi yang belum menikah. Mungkin tak lama lagi hanya tinggal saya dan istri di rumah.

    Salam,

    ReplyDelete
  12. SA lagi plak...anak sorang tu je..anak tiri ngan mak dia la kan...in case Dania balik U, memang tinggal berdua ngan suami dan Abah...sunyi je...

    ReplyDelete
  13. 3 anak yg besar tu dah sambung belajar. mujur tinggal yg bongsu umo 10 thn buat peneman bila sunyi...

    ReplyDelete
  14. ah sedih tapi gitu lah eh kak roda kehidupan.. salam kenal dari Diah

    ReplyDelete
  15. anak no 3 Kak Fuzy dah kahwin, ada lagi 5 yg masih mengamatkan hari2 dan bertambah gamat sbb si bongsu tengah cuti sem, soon kami pun akan tinggal berdua bila semua dah kahwin kelak..

    ReplyDelete
  16. Saya bila anak sulung balik U, baru jadi macam ni. Masak tak habis. Kalau dia ada, semua yang dimasak, Alhamdulillah, licin.

    ReplyDelete
  17. sama la..MA pun tinggal berdua je ngan anak dara bila anak bujang balik asrama

    ReplyDelete
  18. Bila anak-anak dah besar dan meneruskan kehidupan mereka.. Tinggallah kita kan..

    ReplyDelete
  19. Sunyi bila berjauhan dengan anak tu memang rasa yang dalam kosong, rindu,

    ReplyDelete