December 21, 2017

SVG Hi-Tea 2017 @ Allysha & Team

Tarikh: 13/12/2017
Tempat: Atmosphere, Seri Kembangan
Tema: DISNEY

Allysha dan Student Voice Group (SVG), SMK Cyberjaya telah mengadakan Hi-Tea 2017 bertempat di Atmosphere, Seri Kembangan. Tempat ini tempat baru dan agak menarik cuma mungkin tak berapa ramai mengetahui kewujudan tempat tersebut.

Tema adalah DISNEY, plan asal allysha nak pergi sewa kostume, tapi memandangkan pakai kostume tu hanya beberapa jam sahaja dan rasa merugikan bayar beratus ringgit. Jadi, mama fikirkan idea yang lain. Allysha memilih untuk memakai konsep MICKEY & MINNIE MOUSE.  Mama combinekan MICKEY & MINNIE, maka allysha jadilah 2in1.

 Inilah konsep ALLYSHA menjadi MICKEY & MINNIE (kita combinekan sekali harung)
Allysha hanya beli sarung tangan hitam dan bow tie (dah jimat)
kepala MINNIE pinjam Balqish punya, beli semasa pergi ke DISNEYLAND, Tokyo hari tu 

Apa itu SVG (Student Voice Group)? SVG adalah kumpulan pelajar yang dipilih untuk menonjolkan bakat & kebolehan beliau dalam memberikan sumbangan kepada sekolah disamping mengilap dan mengembangkan potensi diri masing-masing contohnya berkeyakinan diri, berfikir dan berkerjasama secara berkumpulan. Beliau juga mewakili suara pelajar bagi membincangkan isu-isu yang diketengahkan oleh para pelajar. 

Beliau juga bertanggungjawab dalam menolong Sekolah, Pengetua dan guru-guru untuk membuat presentation kepada para Pelawat yang datang ke SMK Cyberjaya. Beliau juga bertanggungjawab dalam Editorial Majalah Sekolah dan bertanggungjawab dalam memberi idea serta memikirkan aktiviti yang sesuai untuk para pelajar.

Pemenang Pakaian Mengikut Tema, Allsyha tempat ke-2

Jihan & Allysha

  bersama rakan-rakan SVG 2017, semoga terus cemerlang pada masa akan datang
Tengku Hadif, Alif, Jihan, Shasha, NYS, Allysha, Yasmin & Aisyah

allysha, aisyah, yasmin, farhan, eva

Allysha & Presiden SVG - Farhan
NYS, Allysha, Aisyah, Farhan & NYS
NYS & Allysha

No comments: