November 27, 2017

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kokurikulum

Tarikh: 21 November 2017
Tempat: SK Cyberjaya

Tarikh 21/11/2017, tarikh keramat buat saya kerana menerima surat jemputan dari pihak sekolah membuatkan saya terkejut kerana pihak sekolah telah memilih saya menerima Anugerah Penghargaan Khas Kokurikulum dari pihak Sekolah. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar & JawatanKuasa Majlis serta SKCJ kerana memilih saya dan para ibu bapa lain yang turut tersenarai namanya. 

SENARAI ANUGERAH
Anugerah Pengurusan Kelab & Persatuan Cemerlang
Anugerah Pengurusan Unit Beruniform Cemerlang
Anugerah Pengurusan Sukan & Permainan Cemerlang
Anugerah Jurulatih Sekolah
Anugerah Penghargaan Khas Kokurikulum (IBU BAPA)
Anugerah Apresiasi
Anugerah Guru Besar
Tokoh Murid Cemerlang KOKU (Lelaki & Perempuan)
Tokoh TUNAS Harapan KOKU
Tokoh Murid Cemerlang (Lelaki & Perempuan)
Tokoh Murid Cemerlang Sahsiah Tahap 1 (Lelaki & Perempuan)
Tokoh Murid Cemerlang Sahsiah Tahap 2 (Lelaki & perempuan)
Anugerah Kehadiran Penuh Murid


Ucapan dari pihak PPD (Pegawai Pendidikan Daerah Sepang)
Banyak ilmu dan tips turut dikongsi bersama pada majlis tersebut. Anak-anak perlu aktif dalam KoKurikulum seimbang dengan Pelajaran. Peranan ibu bapa dalam menyokong KOKURIKULUM juga sangat di  galakkan.


Guru-guru hebat yang menerima Anugerah Kecemerlangan dan sangat komited dengan kerja
Kelab / Persatuan yang beliau sandang hingga mengharumkan nama Sekolah dalam & ke luar Negara.

Pelajar-pelajar yang hebat yang mengharumkan nama Sekolah dalam KOKO & Pembelajaran

Berdebar-debar naik pentas...terpilih dalam membantu dan menyokong aktiviti SK Cyberjaya.
Sijil dan Medal yang di terima
Bersama barisan ibu-ibu yang turut menerima Anugerah 2017

No comments: