October 25, 2016

Bunga Matahariku

entry tersimpan, lupa nak publish.
publishlah jugak walaupun cerita dah basi sbg kenangan si matahari
skrg tanam si matahari tapi tak berapa nak menjadi sebab byk ladybird & binatang perosak suka hinggap


angan-angan nak tanam pokok bunga matahari
akhirnya jadi kenyataan
sebelum ni beli benih yang dekat TESCO tapi langsung tak menjadi
pokoknya jadik kenit dan kerdil, bunganya pon comel sangat
hasil ehsan pemberian dari kawan yang memberi benih bunga matahari ini.
mula-mula suruh atuk tanam dulu, tangan atuk selalu menanam pokok mesti menjadi
atuk punya bunga dah menjadi elok
barulah bersemangat nak tanam...

 pembesaran bunga matahari terasa macam lama sangat nak berbunga

tiba-tiba masa musim hujan hari tu, kawasan rumah kena ribut.
habis pokok-pokok tercabut termasuklah pokok matahari
hati dah kecewa bila tengok habis tercabut

selepas jatuh ditiup ribut, cuba tanam semula, 
hati dah berderai kecewa sebab tak sempat tengok bunganya keluar.
baru keluar bunga sulung yang sebelah kanan tu

dua-tiga hari pokok matahari ni layu
orang yang paling rajin menyiram setiap hari adalah papa
lama-lama pokok ni kembali pulih, pokok yang 1st tu tak dapat diselamatkan....mati jua akhirnya

 dapat jugak tengok matahari kembang




daunnya kumbang suka makan itu sebab berlubang-lubang...haihhhhh...


yang mati kering masa tercabut ribut pon masih ada lagi, tak cabut pun lagi
masih ada tiga-empat kuntum yang belum mekar lagi


5 comments:

hainom OKje said...

Jenis batang lembut agaknya Amiza tulah pasal mudah rebah ke bumi.
Sedap kot daunnya tu...

Normala Saad said...

Sini pun ribu tak henti2 Miza...pokok kak pun ada yang tumbang. Hujan pula non stop. Dah lah kena kawasan kak duduk ni kawasan laluan hujan...banyak semaian bunga & syur mati.

Warisan Petani said...

Seronok tenguk bunga matahari.
Besar dan menarik.

Jari Manis said...

Alhamdulillah masih panjang hayatnya 😜

Jari Manis said...

Patutlah JM pernah dgr tgn org tu tanam pokokhidup ada tu bila tanam pokok x pernah idup tgn panas katanya