January 18, 2016

2016 & Persekolahan Baru

selamat tahun baru pada semua rakan-rakan bloggers
agak lambat menjenguk ke blog kesayangan
busssy ya amat sejak sekolah dah bermula semula


dah masuk minggu ke-3 persekolahan bermula
bermakna rutin kembali kepada yang asal
setiap hujung minggu juga sangat bussy dengan aktiviti sekolah
aktiviti volunteer (parents) disekolah dan lain-lain


Balqish dah masuk darjah 1
hari ke-2 ada peperiksaan untuk streaming kelas
kelas darjah 1 ada 8 kelas
tak sangka pulak pemilihan 3 bahasa (Mandarin, Arab & Tamil) tu masih ada lagi untuk tahun ini
sebab tahun sebelum-sebelum ni bahasa mandarin telah di mansuhkan
dan ali iqbal yg sebelum ini mengambil bahasa mandarin terpaksa ditukar dan mengambil bahasa arab

memandangkan pemilihan bahasa adalah wajib
maka, kami bagi balqish pilihan
pilihan balqish adalah bahasa mandarin
permohonan dari murid-murid untuk bahasa mandarin juga sangat tinggi
maka guru bahasa mandarin terpaksa mengadakan ujian bahasa mandarin pulak
untuk membolehkan murid-murid layak mengikuti kelas bahasa tersebut

ujian diadakan untuk murid-murid yang mengambil bahasa mandarin termasuk balqish
permohonan dari murid-murid adalah 80 orang
jumlah murid yang dikehendakki untuk bahasa mandarin hanya 30 org sahaja

didalam ujian bahasa mandarin
kelas balqish hanya dua orang sahaja yg terpilih
mengikut kelulusan/markah kelayakkan semasa ujian tersebut
Balqish & Chahaya
kelas lain juga dipilih mengikut kelulusan/markah kelayakkan semasa mereka menjawab soalan
minggu lepas dah masuk ke kelas baru selepas peperiksaan kelayakan & ujian kelayakan bahasa mandarin
Kelas Mandarin ditempatkan di kelas no.2 (1 Yakin) & no.5 (1 Rajin)
Aqish berada di kelas 1(Yakin)
kelas no. 2 dari 8 kelas.



sekolah agama juga ada streaming kelas
ada 4 kelas keseluruhannya (Shafie, Ghazzali, Bukhari & Hambali)
aqish ke kelas 1(Ghazzali)
bahasa jawi memang zero balqish tak ada basic
sangat terkejut dapat naik kelas 1(Ghazzali)
walau apapun baru permulaan...proses belajar dan belajar baru bermula

aqish minggu ke-2 persekolahan
tak perlu hantar hari-hari masuk kesekolah
hari pertama juga dah belajar berdikari sendiri
mama dan papa memang tak tunggu
good job adik
beg dah start berat sebab bawak buku banyak
tak per adik tarik jerk beg tu...


sessi persekolahan kebangsaan adalah waktu petang
maka waktu rehat kita mengambil pakej school meal
tak perlu beratur membeli makanan
bayar yuran school meal untuk 3 bulan terus
seperti yang diviralkan di fb dan harian metro

Kredit & ambil gambar ni dari harian metro - picture dari kiriman cikgu azura-skcj.


7 comments:

Suriaamanda said...

Wah..bagus Akish..dah besar kan...macam tu la good girl...

umi alya said...

Cam berjanji2 jer entri hampir sama.

Kitakan sama2 memperjuangkan susu ibu di suatu ketika dulu..

suhailah hamid said...

tahniah balqish, sangat berdikari bagus betul. tak tahu macam mana pulak tahun depan anak sue.

paridah said...

wah seronoknya balqish tarik beg ke sekolah...selamat belajar aqish penuhkan dada dgn ilmu dunia n akhirat.

iryanty ismail said...

bestnya sekolah ni..macam sekolah luar negara

babYpose said...

Assalamualaikum, dah lama tak jenguk sini, dah besar anak anak, Balqish suka mandarin ye. Faiq tahun depan tak tau apa yang dipilihnya.

Cik Ash said...

ceria mukanya