December 1, 2015

BBIM@ Brainy Bunch Graduation & Year End Concert 2015

terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger yang sudi singgah kesini
terima kasih...terima kasih...terharu sangat :)
dah beberapa bulan saya tak sempat nak blog walking dan juga membelek lama akan blog ini
masuk ke blog pun cepat-cepat untuk update
lepas tu lama baru menjenguk semula ke blog kesayangan ini
disebabkan kekangan masa dan kerja yang melebihi dari sepatutnya

ok, ini kisah balqish 2 minggu yang lalu
hari Ahad 22/11/2015
Hari Graduation & Year End Concert BBIM 2015

Dan sebelum ini ada rakan-rakan blogger yang msg minta feedback berkenaan BBIM:
so, saya selitkan sekali harunglah ya.


Secara ringkas apa yang saya boleh komen adalah 'kalau anda seorang yang sangat pentingkan akademik, BBIM bukan tempatnya kerana BBIM adalah konsep montessori" Smart Reader adalah terbaik untuk gilap akademik anak-anak seawal usia 3 tahun dan keatas. (mengikut pengalaman saya) Tadika lain juga pernah cuba tapi the best adalah smart reader kid, walau apapun depends pada guru-guru yang mengajarnya juga.

BBIM untuk anak-anak tampil dan berani kehadapan, berani bercakap berani mengekslore semua perkara seperti yang balqish tampilkan sekarang. Bab akademik kami usaha lebih di rumah, disamping itu sebelum pulang dari sekolah, balqish akan minta aunties homework setiap hari untuk semua subject.


Ok, itu serba sedikit pendapat dari saya.
Mari layan gambar anak-anak BBIM konsert dan graduation.

BBIM Cyberjaya dan Putra Heights bertempat di Dewan Cempaka Sari, Putrajaya.
Sewal jam 5.00 petang sudah berada di dewan sehinggalah jam 11 malam

 sementara menunggu para ibu bapa sampai

sebelum acara bermula, anak-anak & asma al'husna

 persembahan pertama dengan memakai jubah putih adalah menghafaz surah,
 Cyberjaya menghafaz surah Al'Imran di ikuti dengan Putra Heights

 Balqish & rakan-rakan marching: under pressure
Balqish dua dari hujung (kanan)

siap sedia untuk penerimaan sijil

Balqish dengan principal BBIM Cyberjaya

  sessi bergambar dengan famili

dengan aunties & principals

sessi akhir menonton video anak-anak BBIM zaman baby



5 comments:

iryantyismail said...

comel :-))

Azian Elias said...

Apa2 pun pada akak usaha guru dan ibu bapa gak..

lega now anak2 dah besar..

paridah said...

wah dh grad balqish tahniah...moga terus sukses hendaknya.

SSulieana said...

YEAY aqish dh grade...congrates dear

Azirahman said...

sekarang ni tak perlu tunggu habis university utk bergraduasi pakai jubah bagai....anak2 abis tadika pun dah merasa....hehhe