December 9, 2015

Bata Warehouse Sale

pergi ke warehouse sale hari Ahad 6/12/2015

punyalah jauh meredah BATA Sale dekat Kapar nun
tetiba bila dah sampai papa kata, tak bestlah
ishhhhh penat tau nak sampai Klang ni...
dah sampai kenalah  beli jugak untuk kasut sekolah ali iqbal dan balqish
allysha tak mou kasut Bata, dia nak beli kat Sport Direct
ok, kita layankan aja....

Jualan kasut sekolah dan kasut biasa serendah RM5, tapi kena pandai pilih, sebab semua dah mcm belacan. Mama memang fail nak pilih, tambah pening kepala tengok org semakin ramai yang datang.

Tu dia RM5, kita tuju ke tempat kasut sekolah terus....bahagian belakang sekali...
ini kasut sekolah RM5, tapi tak jumpa saiz ali iqbal dan aqish
kalau beli banyak kasut rm5 ni berbaloi jugak
 budak-budak pakai kasut sekolah sehari jerk dah hitam legam.....
boleh beli banyak buat stok masa musim hujan

ini rm10 & rm15, pun tak jumpa saiz aqish dan ali. 
kalau pandai cari..beli byk-byk...cuci semula dan kapurkan...masih jimat dan untung

dan akhirnya beli kasut aqish dan ali berharga 2 psg rm59, 4 pasang rm118
mahal ke tak? Harga asal RM37.99 after less RM29.50

ok jom kita bayar dan balik, panas sebab jualan ni dekat dalam gudang buruk.

cuba tgk dekat syiling nun..hehhehehe berlubang sudah


alamat untuk kesini adalah Bata Factory, Jalan Kapar, Klang.

13 comments:

TukangKebun said...

Ramainya orang Kak.
Memang jauh dari tempat kak nak ke kapar kan.
Berbaloi kalau harga RM5 dan RM10 beli bebanyak buat stok.

paridah said...

RAMAI DH MULA SHOPPING SEGALA KEPERLUAN UTK PERSEKOLAHAN TAHUN DEPAN...

Nooriah Abdullah said...

assalamualaikum Miza
lama kaknoor tk ksini
agak murah kan kalau jualan gudang ni berbaloi lah tu beli

Zaitun said...

Kalau kak Zai tak larat meredah dan bêrebut macam tu. Beli aje yang ada kat mall.

Raihanah Ahmad said...

terlepas sale ni, sayang betul

anajingga said...

oo kat kilang Bata Kapar tu ye mieja, jauh gak nak ke sana..settle dah bab beli kasut sekolah ye :)

insan marhaen said...

saya lebih suka beli dekat rumah je. mahal sikit je daripada nak meredah trafik...

Kakcik Nur said...

Kiranya macam jualan penghabisan stok lama la kan...

Kakzakie Purvit said...

Kalau dekat walau panas kakak nak pergi Mieza
Kakak suka kasut bata bahagian tapak kaki dia soft.

iryanty ahamad said...

ish murah nya...untung sapa dok klang

Cikna said...

Kat kedai bata pun ade sale jgk sis,jauh lg selesa kot... Btl tu kasut sklh bdk skunk cepat btl hitamnye,xtaula ape yg dimainnye..

Iela Fazielah said...

lebih kurang je harga dekat mall... sbb airtu ila bl kasut sekolah anak kat aeon harga RM36 dpt less 20%...sama harga..tp sesuatu yg best sekali sekala jln2 kat kilang

Siti Yang Menaip said...

alamak dah terlepas dah tarikh.. ehhee.. banyak borong ? =D

CT jalan2 blogwalking sini.. follow sini..
http://sitiyangmenaip.blogspot.my/ jemput singgah..