November 20, 2015

Tamat Sessi Persekolahan 2015

Dah pun habis persekolah untuk tahun ini.
hari ini hari mengambil report kad untuk ali iqbal
kami masih merahsiakan nombor kedudukan dalam kelas
surprise untuk beliau sehinggalah beliau akan menerima surat dari sekolah nanti
(kalau dapat tahun depan)
nak tengok muka surprise ali iqbal bila tau nombor kedudukan dalam kelas
seperti penggal pertama dan kedua hari tu
muka terkejut, muka kegembiraan beliau
tahun depan ali iqbal dah masuk ke tahap dua (tahun 4)
maka kenalah lebih kuat berusaha
semua soalan peperiksaan berteraskan KBAT
kena usaha lagi kuat dan gigih

untuk allysha results belum dapat sepenuhnya
kerana guru-guru sibuk dengan penandaan markah PT3

untuk balqish, esok ada hari orientasi di sekolah keb Cyberjaya
minggu ni melatih aqish buat latihan soalan - latih tubi, takut-takut ada peperiksaan esok



 Hari report kad SKCJ, Cyberjaya
Tahniah SKCJ kerana masih mengekalkan sekolah kluster dan amanah, 
terbaik UPSR seluruh Daerah Sepang.



Kisah hari semalam pula, majlis jamuan dan perpisahan untuk kelas ali iqbal
jamuan disediakan oleh guru kelas sir ismail.
terima kasih kepada sir ismail dan uztazah yang gigih memeriahkan majlis
untuk meraikan anak-anak ini
gigih sir ismail memasak 2 periuk makaroni dan minuman
jamuan adalah potluck, setiap pelajar bebas membawa makanan dan minuman


dapat whatsapp dari sir di group kelas ali iqbal
beliau sedang memasak 2 periuk makaroni untuk digoreng.
terharunya tengok gambar

mama bekalkan nugget dan donut untuk kelas ali iqbal

 gambar-gambar yang dihantar oleh sir ismail ke grp ibu bapa
sebagai kenang- kenangan, terima kasih tak terhingga kepada sir ismail dan uztazah kerana mereka sangat memahami dan sanggup membuat grp whatsapp utk ibu bapa. Tahun depan berpisahlah kami, bertemu pula guru lain, moga dapat guru-guru yang sporting seperti sir ismail dan uztazah juga para ibu bapa yang sangat sporting berfikiran terbuka membincangkan education anak-anak.

 gang perempuan
sebahagian dari gambar-gambar mereka, ada 30 org murid dalam satu kelas.

gang ali iqbal
 




4 comments:

che mid said...

Alhamdulillah penutup persekolahan yang menggembirakan. Bolehlah anak-anak dan ibubapa berehat sebentar sebelum memulakan cabaran baru tahun hadapan. Selamat bercuti anak-anak!

iryantyismail said...

dulu masa sekolah ,jamuan sekolah sangat dinantikan...macam2 juadah ada

Fyda Adim said...

tamat sudah kak kita menempuh alam persekolahan untuk tahun ini. Berakhir sudah darjah satu untuk anak saya nana. Cuti yang ditunggu-tunggu. dapatlah berehat. tak rushing sebelah pagi kan.

Anonymous said...

cerianya muka masing-masing
sedara-sedar dah habis dha sesi persekolahan tahun ni
seronoklah diorang nak bercuti panjang ni :)

jemput lawat blog saya ye kak :)