October 5, 2015

Benih Tanaman Dari Atuk

bila balik kampung, geram tengok tanaman yang atuk tanam
sekarang musim pisang kena penyakit
alahai teruk jugak pisang-pisang ni kena penyakit
pisang tanduk sahaja yang tak kena

plan nak ambik benih macam-macam tapi tak sempat sebab seharian dah berjalan
maka ambik mana yang sempat aja, hari dah senja
nak ambik rumput carpet pun tak sempat
ada ambik sikit sebelum ni kat rumah dah membiak
bolehlah pecah-pecahkan yang ada tu bagi membiak banyak lagi

tak sempat lagi nak menjenguk kebun sawit
balik sekejap-sekejap mana sempat nak masuk kebun
dah sangat semak samun, silap-silap org panjang (ular) dan
harimau pun boleh berlari-lari berminai-main dalam kebun sawit

pokok bunga matahari atuk tanam dah tua, bolehlah ambik benihnya

benih bunga matahari
bunga yang diidamkan tapi tiap kali tanam mesti tak menjadi
atuk tanam menjadi pulak tu..

petik terung panjang dan bulat, bawak balik 

cili atuk tanam keliling rumah, banyak buahnya...tapi tak rajin nak petik

 kerja balqish main cili petang raya haji seperti gambar bawah ni, sekali cili tu masuk mata
haaa....baru dia rasa mcamana, terus tak sentuh cili atuk
main tumbuk-tumbuk cili buat sambal belacan gamaknya....:)

 pokok mahkota dewa....bestnya banyak buahnya
terus ambik bijinya yang kering, plan nak tanam kat rumah

 mahkota dewa banyak khasiatnya

sempat bawak balik anak pisang dan kelapa pandan & kelapa rendah mcm kat bawah ni
jadilah...kita tengok boleh hidup ke tak....ini percubaan kali ke-2 menanam di tanah Cyberjaya
kureng sket tanahnya compare menanam di rumah equine park semua menjadi..





8 comments:

Amanda Suria said...

kalau tangan sejuk semua yang ditanam menjadi kan....SA tangan panas...

anajingga said...

musim panas agaknya mieja banyak tanaman rosak kan, cuba tanam benih matahari tu, mana yahu satu hari nanti mieja up entri tentangnya pula kan :)

Kakzakie said...

Adik pi main tumbuk cili tu kenapa sayang. Alahai kan dah pedih mata. Seriklah tu dah..

Kadang tanah pun main peranan Mieza sebab kalau tanah kematu payah akar nak berkembang itu yg takmenjadi. Tapi kalau rajin selalu tanam tanah akan jadi gembur lama-lama ok.

paridah said...

yg penting tanam dulu ada rezki pasti hidup insyaAllah.

Yaati Nor said...

bestnya nak pokok pisang..hehehe

suka suka said...

Main masak2 ya.. pelajaran juga tu..

iryanty ahamad said...

syukur alhamdulilah.enjadi semua pokok nya
.subur2

Azian Elias said...

Salam


buah mahkota dewa tu boleh buat ubat?