September 9, 2015

Pokok Apakah Ini? Tolong Komen Sat

Sapa tau ini pokok apa?
tolong...tolong komen ya

Pokok terung pipit ke ni?
asalnya tanam pokok ni sebab ingatkan pokok terung unggu
sekali dah besar...mak aih bukan terung unggu
tengok macam terung pipit, tapi tak pasti
tak berani nak makan takut mabuk

rasa macam nak tebang jerk pokok ni, mudah beranak pinaklah pulak
tapi tunggu dululah...

pokok apakah ini?
tolong komen sat....terima kasih sudi komen :)






16 comments:

IbuNoey said...

kawan sebelah meja kata ni terung pipit.kalau tengok pun,ada ciri-ciri terung pipir.

paridah said...

terung pipit benih baru ni xberduri. yg biasa tu banyak durinya.

anajingga said...

terung pipit ni meija sayang...sedap masak tumis dengan isi kerang,cuma rasanya pahit-pahit sikit dan berbiji halus di dalamnya . :)

Amanda Suria said...

ini terung pipit la yang oii...ada gak orang panggil terung bermbang..jangan la tebang..sayang la sbb dia dah banyak berbuah tu

iryanty ahamad said...

terung pipit..masak sambal udang..dapnya

lia ummiirfan said...

terung pipit ni namanya.. :))

TukangKebun said...

Terung pipit kut tengok dalam gambar.

Normala Saad said...

Kalau kat tempat kak panggil terung belanda. Sedap dibuat sambal tumis dengan ikan bilis, udang atau masak lemak cili padi ke...

Nooriah Abdullah said...

terung pipit lah mmg sedap buat sambal tumis dgn petai

hamizah che mat said...

ni pertama kali dengar nama terung pipit. huhu
JOM FOLLOW SAYA

Azian Elias said...

terung pipit kan.. org kata sedap buat sambal. tapi tak pernah lah memakannya..

Badariah Umar said...

Terung belanda, ataupun terung pipit.
Sedap dimsk sambal...

che mid said...

Bijik dalam terung tu yang buat CM tak minat sangat makan. Lebih suka terung biasa..namanya terung putat ke?..

fazian batrisyia said...

setuju dgn yg lain. Terung pipit ni. Sy tak biasa mkn....tp pernah jugak rasa. Ada juga org celur sekejap buat ulam, mkn dgn sambal belacan, nasi putih panas, ikan goreng. Sedapnya....tak payah menu lain dah...

❤Kamsiah❤ said...

tak mabuk aihhh...sedap dimasak sambal tumis campur udang atau ikan bilis..buat ulam pun sedap...

hainom OKje said...

Kalau tanya jenis pokok mmg ler okje tak tau.....maklumlah rajin menanam sangat hihi...
Tak pernah masak terung pipit ni, masak lagilah.....Sedap ke