September 10, 2015

DoNut

malam tadi menguli donut dengan balqish
bekalan kesekolah untuk hari ini
 
RESEPI DONUT

BAHAN A
1 paket yiss  mauripan
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
1/2 cawan air suam

CARANYA: 
Campurkan semua bahan-bahan di atas dan biarkan ia kembang macam dekat bawah ini.

Yis yang sudah mengembang, dah boleh untuk mengadun dan menguli tepungnya

Sementara menunggu yiss kembang dan naik, bolehlah buat water roux.
Apa itu water roux? Ia digunakan sebagai agen penaik/pelembut yang dicampur bahan asas roti. Water roux ini boleh menjadikan bun dan roti lembut, gebu dan anjal.

Water Roux-Nisbah Tepung: air = 1:5
2 sudu besar tepung + 10 sudu besar air

CARANYA:
  1. Masak atas api yang sederhana kecil dan kacau hingga likat. Jangan biarkan ia berketul
  2. Dah masak sebati dan pekat, tutupkan api dan boleh disimpan dalam fridge
  3. Boleh bertahan selama 3 hari.

Adunan dah pun kembang, dah boleh untuk aktiviti membentukan bersama balqish

BAHAN B
3 cawan tepung
1/2 sudu kecil garam halus
2 sudu besar buttercup
sebiji telur 

CARANYA
  1. Masukkan tepung, buttercup dan garam. Masukkan telur ayam ditengah-tengahnya dan gaulkan hingga sebati.
  2. Masukkan Bahan A (Yis yang dah kembang tadi) dan uli lagi.
  3. Masukkan 2 sudu besar water roux@ ibu roti dan uli lagi (tak letak pun tak apa)
  4. Uli hingga sebati dan biarkan adunan mengembang.
  5. Dah mengembang bolehlah buat aktivit membentuk bersama anak-anak
  6. Goreng dan angkat.


 Aktiviti membentukkan adunan bersama balqish
Untuk balqish dia buat sendiri, loyang bulat  tu hasil tanga balqish donut perisa strawberry dan peanut butter. 
Ali Iqbal request donut strawberry. 
Allysha nak kosong sahaja. Maka ada mcm-macam rupa dan bentuk.

Dah siap goreng, mereka dah pun bawak ke sekolah.  
ehhh rupa tak cung, hentam sahajalah




10 comments:

Maria Firdz said...

Lama tak buat donut...

Norhana Marsom said...

Rajinnya kakkk...ada masa nak cubalah..heee

paridah said...

wah rajin mendonut...boleh balqish bawa bekal ke sekolah

anajingga said...

rajinnya mieja ni...:)

Bunda_nora said...

Tak cung pun tapi boleh dimakan...kira okay lah tu...

Sham said...

aloloh rajinnya budak tu...menolong ke mengacau tu...heee

Kakzakie said...

Lama betul akak tak buat donut
Biasa akak beli aje - org malas mcm inilah

adianiez AIDA said...

alamak.
best nyer.
mendonut dgn anak.
aida da brminggu x meroti.
hu hu hu...

Nora Karim said...

rajinnya anak dara tu... ada anak dara rajin mcm tu nak buat apa2 pun boleh... lama dah saya tak menguli donut... terliur pulak tgk ni...

Jari Manis said...

biar rupa x cun janji rasa meletop!