September 11, 2015

ADENIUM

Minggu ni banyak masa dihabiskan dekat pokok-pokok bunga yang semakin kurang kasih sayang dari tuannya. Maka mama telah berazam untuk melihat dan membelek mereka setiap hari. Satu hari, satu jenis pokok untuk membeleknya. Jadiklah kan...

ADENIUM telah mengeluarkan buah (biji benih) hati gembira tidak terkata. Sudah lama Adenium tidak mengeluarkan biji benih, kali terakhir mereka mengeluarkan benih adalah dekat rumah lama. Kalau dulu berpasu-pasu menanamnya, sekarang yang tinggal hanya 3 pasu yang masih subur dan sihat.

Berazam untuk menyemai benihnya, bila benih yang keluar ini sudah tua. Mula menyelidik dan membaca ilmu Adenium semula. Dah lupa teknik-teknik menjaga dan menyemai adenium.
https://adeniumgarden.wordpress.com/2008/05/
http://euphorbiaclub.blogspot.my/2006/11/benih-adenium.html


Ada dua teknik untuk menanam Adenium iaitu melalui keratan batangnya dan biji benihnya. Keratan batang pernah dilakukan dan hasilnya alhamdullilah tumbuh dengan baik. Penanaman melalui benih tak pernah lagi walaupun adenium sebelum ini pernah mengeluarkan biji benihnya. Yalah masa tu banyak koleksi adenium jadi tidak berapa nak menghargainya.

 selepas proses berbunga, barulah biji benih ni muncul

seronok tak terhingga bila dua pasu mengeluarkan biji benihnya selepas habis musim berbunga sebelum ini

tinggal satu pasu sahaja yang masih berbunga, bunganya juga semakin pudar dan layu
Semaian batang yang dicucukkan di pasu (menumpang) dalam pasu yang berbunga juga dah nampak mengeluarkan daun,
sebelum ni daunnya dah togel.

ada hati nak buat macam dekat bawah ni..angan-angan sahaja



19 comments:

aRz MoHa said...

wow...saya langsung tak tahu pasal pokok

cantik rupanya pokok ni

paridah said...

adenium mmg cantik n mcm2 jenisnya..

Normala Saad said...

Lama dah kak tak tanam adenium atau kemboja cina ni. Last sekali tanam tahun 90an...

Kakcik Nur said...

Cantik pokok2 bonsai tu... :)

noorhaidaz eyda said...

Arwah mak dulu mmg sukr bunga ni

Kakzakie said...

Kakak panggil kemboja aje.
Memang cantik tapi rumah kakak tak ada tanam

Fida Z Ein said...

Wah...saya suka bunga....adenium belum ada dalam koleksi....

Norhana Marsom said...

Rajinnya kak mijaaa...bunganya pun cantik sgttt.

Dunia Zumal said...

Selama nie pernah tengok tapi tak tahu pun namanya... Nice sharing yer ^-^

Mirabeads azi said...

kemboja cina....yang kat rumah ni pun dah kurang kasih sayang...cantikkan bila banyak2..buat bosai.

Zaitun said...

Bunga kemboja ni cantik dan ada berbagai warna. Klau pandai jadikan bonsai lagi nampak cantik.

adianiez AIDA said...

rajin.
pokok2 aida da x terjaga dah.
kering mati dah.
ada tu yg da tumbuh semula anak nyer :)
takde masa...

che mid said...

Cantik berseri taman dek bunga merah nan segar..tuannya tentu tersenyum manis puas hati hasil tanaman memberi hasil..

iryanty ahamad said...

Cantik..macam bunga kemboja

Nora Karim said...

cantiknya... kalau rajin jaga, memang menjadilah tanamannya...

TukangKebun said...

Kalau Kak mieja nak adenium gemok bawah macam tu, bila setiap kali repotting, akarnya jangan tanam dalam sangat ke tanah, biar bahagian atas akar tu timbul sikit atas tanah. Lama-lama chubby lah belly dia hehehe....

Maria Firdz said...

Baru tahu nama pokok bunga nih... Nice info...

acu yuhan said...

done folo u, folo me back k http://acuyuhan.blogspot.my/

Jari Manis said...

yang panjang seperti kacang buncis tu ke benihnye..