August 18, 2015

Resepi Kek Marble

letak resepi kek marble supaya tak hilang
jenuhlah tiap kali nak buat mesti lupa letak kat mana buku resepi
letak sini, senang nak selak-selak...
suka sangat kek marble sebab kek ini mengingatkan zaman kecik-kecik dulu
mak suka buat, dulu-dulu mana ada mixer...pukul pakai alat (nak panggil alat pemukul pon tak tau)
senang cakap pukul telur, butter semua pakai tangan masuk dalam bekas besar
nostalgia zaman dulu


BAHAN-BAHAN

250gm butter
4 biji telur
1 cawan gula castor
3 sudu besar susu pekat
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalett
1 sudu kecil esen vanila
serbuk koko van houtan

CARANYA:

  1. Mixerkan butter, gula, ovalett hingga putih gebu
  2. masukkan telur satu persatu, sebiji pukul 1minit. 
  3. pukul lagi sehingga kembang 
  4. masukkan susu pekat & essen vanila
  5. mixerkan lagi
  6. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan mixerkan hingga sebati
  7. bahagikan kepada dua adunan (original & adunan yang telah dicampur serbuk koko)
  8. masukkan adunan kedalam loyang mengikut layer by layer
  9. bakar api atas bawah 180' (45minit), kukus dalam 1jam.
  10. hidangkan


6 comments:

Maria Firdz said...

Nice sharing... Boleh cuba nanti ni..

Zaitun said...

Dulu kak zai suka buat kek marble ni cepat dan mudah rasa pun sedap.

paridah said...

RAJINNYA BAKE KEK MARBLE PULA SEDAP NI...

Jari Manis said...

kalau dh beli oven baru leh selak balik resipi ni :-)

Kakzakie said...

Yg dan siap baking mana?
Tak sempat nak capturedlah tu dah licin hihi...

adianiez AIDA said...

a'ah... nak tgk yg da siap.
aida x reti sgt la buat kek.
tak jadik...
tak naik!
batat!!!