August 7, 2015

Mesin Basuh Yang Rosak

Kisah mesin basuh rosak
selama usia perkahwinan 14 tahun 6 bulan ini
mesin basuh auto yang lama tu bertahan selama 10 tahun
lepas tu beli mesin basuh baru dan rosak lagi
bertahan pakai dalam 2 tahun
beli lagi yang baru, nampaknya mesin tu pun rosak juga
nampaknya barang-barang elektrik zaman sekarang memang tak tahan lama

emmmmm macam takut pulak nak beli yang baru
takut rosak lagi
pakai tanganlah kalau gitu....hikssss...ishhhh mcmlah banyak masa nak pakai tangan
teringat jiran sebelah rumah (cina) semasa dekat rumah lama, basuh baju pakai tangan
hari-hari dia memberus, padahal mesin basuh tu ada jerk kat sebelah dia

malam selasa ke kedai Dobi
membawa baju-baju kotor yang disimpan selama 3 hari
dua bakul jugaklah mendobi

kos untuk satu mesin RM4.50
so, kita masukkan dalam dua mesin serentak
Total kos adalah RM9.00
rasa macam murah jugak
privacy jugak sebab tak ada orang masa tu...

tunggu keputusannya nanti samaada nak beli baru or panggil technician
untuk baiki mesin-mesin yang dah rosak tu
kalau jual dekat besi buruk nilainya RM10 sahaja
seperti yang kami jual sebelum pindah dahulu.....





11 comments:

Dunia Zumal said...

Mesin kat rumah Zumal jenis semi auto, masih tahan walaupun dah 5 tahun beli..

paridah said...

mesin basuh r alatan letrik la ni mmg cpt rosak kalau terpaksa beli juga krna keperluannya pilihlah jenama terkenal...tahan lama sikit kot.

Puan Wawa said...

Salaam singgah maghrib.. Wawa follow..")

Nak mintak beli mesin baru tu..hihi

Wawa ade buat segmen tau, jemput join ye..")

http://vitaminwawa.blogspot.com/2015/08/saya-nak-masuk-bloglist-vitamin-wawa.html?m=0

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Mesin basuh saya rosak gak ari tu ... Malas nak pikir, beli jer baru ... huhuhu, dah 13 tahun guna ...

iryanty ahamad said...

mesin basuh kalau dah meragam memang payah kan ...nak ke kedai dobi tak berapa minat pulak....huhu

Zaitun said...

Alhamdulillah kak zai beli mesin basuh front loader bertahan lama. Sekarang pakai brand Electrolux selepas guna yang lama berbelas tahun.

Yatie Fizzy said...

Assalammualaikum, pagi amiza :-)

Barang sekarang nieh tak tahan lama ... huhuhu

aRz MoHa said...

tengoklah pada keadaan keroskan, kalau terlalu mahal baik beli baru saja

Nieza Ishak said...

mesin kami rosak sebelum puasa aritu.
2bulan basuh tangan weiiii .... hihihi.
Lama2 seronok jugak .. sbb masing2 main peranan.
Alhamdulillah, dah seminggu mesin dah ok.

adianiez AIDA said...

agreed.
brg skang ni x sebagus zaman dulu.
aida pun heran!
kejap jer rosak...

aida biasa gak gi laundry express.
but utk dry aje.
wash kat umah :)

Fiza Rahman said...

Bertabahlah kak. Memang susah kalau mesin basuh rosak nih.