August 1, 2015

Kisah Ribut Di Padang Kriket, Kinrara

kisah hujung minggu
berlangsungnya tournament kriket ASSAK
 (Alumni Sains Kedah & Sains Sekolah Sultan Mohamad Jiwa, Kedah)
pada 31-2 Ogos 2015
bertempat di Stadium Malaysian Criket Association, Kinrara

Hari Ke-2, Sabtu 1/8/2015
pada sebelah petannya
hujan yg sangat lebat dan ribut sehingga merosakkan semua khemah-khemah di padang ini
ada juga kereta yang di timpa khemah juga turut rosak
mujurlah masa hari kejadian papa dah hantar ali iqbal dan aqish semula balik ke rumah
habis playground yg mereka sewa khas untuk kanak-kanak juga rosak
papa menghantar gambar-gambar khemah yang ranap ketika ribut tersebut
permainan juga terpaksa di berhentikan sehingga hujan berhenti

semua barang-barang yang ringan-ringan habis terbang di bawa angin
team papa mengemas semula selepas hujan berhenti
permainan di jalankan semula jam 8.30malam
dan pada malam itu mereka juga balik hingga lewat malam

ASSAK, Team Papa, mereka menjadi tuan rumah untuk Perlawanan Kriket 2015
penyertaan adalah dari Ex-Sekolah-Sekolah Sains & Berasrama Penuh
mereka dari golongan veteran yang dulunya sangat aktif dekat sekolah & negeri bermain kriket
so, inilah masanya mereka bertemu kembali
memperlihatkan kehebatan masing-masing


beberapa minggu sebelum perlawanan (dalam bulan puasa)
uncle Zaim (team papa) telah di temuramah oleh PLANET SUKAN, TV1
untuk persediaan perlawanan Kriket 2015
team ASSAK juga telah menjemput semua Ex-Sekolah-Sekolah Berasrama seluruh negeri untuk turut serta
dalam perlawanan tersebut.

Keudara....uncle zaim & fren papa (ehh lupa lama dahh)...Planet Sukan, TV1
sukan ini team mereka akan kembangkan sayapnya dengan lebih jauh lagi


4 comments:

paridah said...

KENCANG SUNGGUG TIUPAN ANGIN TU HBS ROBOH KHEMAH SEMUA...MUJUR XDA ANAK2 YG CEDERA...SYUKUR ALHAMDULILLAH.
EH MISS PULA SIARAN TV TU KALAU X BOLEH KENAL BOSS AMIIZA...KACAK LAWA ORGNYA TU.

Lynd said...

Teruknya ribut. Kalau dok kat luar masa tu mesti menakutkan.

Zaitun said...

Kuat betul angin tu nasib baik tidak ada yang cedera.
Kak zai jarang on TV1.

Fiza Rahman said...

Kuat betul ribut.