August 28, 2015

Dah Jumaat!

cepat betul masa berlalu
cepat juga bulan berganti baru
dah nak masuk bulan September

sangat lega jugak esok dah cuti yeahhh
hari yang ditunggu-tunggu setiap minggu adalah hari Jumaat
sebab tak payah terkejar-kejar untuk mengejar masa anak-anak ke sekolah
dan boleh fokus untuk rumah pulak


weekdays sangat bussy dengan budak-budak sekolah
balik kerumah waktu tengahari menguruskan anak-anak nak makan, nak tukar uniform
pastu mereka akan ke sekolah semula
petang balik dari pejabat, rutin sama jugak
memasak, mengemas, menyapu, mengemop
bagi anak-anak bulus makan
maghrib mengajar anak-anak mengaji
menghidang untuk makan malam, mengemas, membasuh pinggan

malamnya fikir nak buat breakfast dan bekalan mereka kesekolah
membasuh baju, menyidai baju
mengiron baju-baju sekolah dan pejabat

fuhhhh memang itulah rutin mak-mak setiap hari!
itulah dunia anak-anak bersekolah
nanti semua dah habis sekolah, mesti rindu dan teringat-tengat dengan situasi zaman anak-anak bersekolah

rutin papa adalah menghantar anak-anak kesekolah dan pergi sekolah
melihat, memantau dan membuat ulangkaji pelajaran bersama anak-anak setiap malam


anak-anakku, matahatiku!
semoga apa yang kami lakukan untuk kamu bertiga akan dihargai dikemudian hari! amin





bekalan untuk hari ni, sandwich telur. 
Balqish punya jerk lain dari kakak dan abang.
roti+strawberry


4 comments:

Mirabeads azi said...

memang tiap2 minggu tunggu weekend sampai....dah bersusun jadual kerja utk hujung minggu ni..hehe

iryanty ahamad said...

untunglah dapat rasa semua tu...kak yan tak dapat rasa semua tu...coz lom ada zuriat:-))

Kakzakie said...

Biasalah bila dah jadi mak-mak ini lah yg tak boleh dielakkan
Masuk 13 tahun aje umur mereka dah mula terpisah Miza. Kakak dah rasa - masa itulah sunyinya. Airmata luruh masa baru-baru berpisah. makan pun tak selera.

adianiez AIDA said...

lebih kurang sama le timetable kita mak-mak ni kan.
bila jumaat dtg, happy sgt :)
ada 2 hari utk rest golek golek dgn anak2...