August 10, 2015

Allysha

kisah hari isnin 10/8/2015
allysha pagi-pagi mengadu sakit perut
tengok perutnya sebelah kanan bengkak kemerah-merahan

terus tak jadi kesekolah walaupun dah siap beruniform
pagi tu, papa bawak ke Klinik yang berhampiran
sampai diklinik, MO tak berani nak buat keputusan
mereka terus refer ke hospital

so, selepas hantar ali iqbal ke sekolah (sessi petang)
maka terus fikir cari hospital yang paling hampir
allysha suggest pergi Gleneagles atau Prince Courts
kata Allysha bila lagi nak merasa duit company papa cover
company memang cover medical yg kritikal utk seisi keluarga
tapi alhamdullilah kami tak pernah pun pakai budget kritikal yang diberi
pakai untuk klinik biasa (outpatient) sahaja untuk sakit demam biasa

setelah membuat keputusan untuk pilihan hospital
hospital yang paling hampir dengan rumah adalah Columbia Asia, Puchong & Sunway Medical Centre
kita buat keputusan ke Columbia Asia
sebabnya paling dekat dengan rumah dan senang kalau emergency nak kena balik rumah
nak capai barang-barang dlm setengah jam dah boleh sampai
maka kita terus buat pilihan kesana
itu pun jalan boleh tahan sesak jugak

nak pergi jauh-jauh lagi pitam nak hadap jem
nak pergi hospital pun kena fikir jem jugak...jem tu pun dah memakan masa



register dahulu dan mereka terus berurusan dengan company papa.
 
menunggu specialist datang untuk buat checkup

Dr. Yong Chun Woon
Dr. tekan-tekan tempat yang sakit sebelah kanan tu
perutnya bengkak kata doctor mungkin sebab kesan cirit birit semlm
so, terus ke bilik scan untuk check perut dan ususnya


doctor tengah scan perut allysha
tempat yang sakit itu adalah ususnya
takut-takut apendik, tapi bukan appendik
so, doctor kata ususnya bengkak mungkin disebabkan jangkitan kuman
selepas report dikeluarkan, Dr. Yong mengesahkan usus allysha bengkak dan ada jangkitan kuman
Dr. bekalkan antibiotik
dalam masa 7 hari, akan jumpa Dr. Yong semula untuk checkup susulan 
moga tak ada apa yang membimbangkan....insyaallah....

6 comments:

anajingga said...

semoga alyysha cepat2 sembuh..memang elok kita buat pemeriksaan awal kan mieja :)

iryanty ahamad said...

Mudah mudahan tak ada apa2..insyallah..amin

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

semoga semuanya dalam baik2..aminnn

fazian batrisyia said...

semoga cpt sihat seperti selalu ye allysha.

TukangKebun said...

Semoga cepat sembuh ya.

TukangKebun said...

Semoga cepat sembuh ya.