July 23, 2015

Puding Kastard Fruits Cocktail

hari khamis 23/7/2015 sebelum berbuka puasa sunat syawal
sempat buat puding kastard
buat sikit aja, sebab anak-anak  tak berapa gemar puding-puding ni
resepi pun dah di olah ikut citarasa sendiri
main agak-agak jerk...tu pon rasa mcm banyak
kalau ikut resepi asal rasanya lagi banyak nak kena letak dalam bekas-bekas ni

dapatlah 5 bekas, bermakna sorang satu bekas



RESEPINYA:
2sudu besar tepung kastard
1cawan air
Gula (agak-agak tak nak manis sangat)

Bahan diatas hendaklah dimasak hingga likat, masukkan gula dan kacau hingga berkilat.
sejukkan dan masukkan dalam bekas comel.

UNTUK KUAHNYA
1tin susu segar
1sudu susu pekat
sedikit gula
1sudu besar tepung kastard
1tin buahan campuran (tapiskan buahnya, airnya buang)

Masukkan susu segar,susu pekat, sedikit gula dan 1 sudu besar tepung kastard & buahan. Panaskan atas api...dah agak-agak panas, tutupkan api. Sejukkan dan hidangkan.

1 comment: