July 24, 2015

Kek Sarang Semut

siap kek oren, buat kek sarang semut pulak
kek simple-simple bolehlah buat dalam masa yang serentak...kan...
resepi ni saya dah olah sikit ikut citarasa sendiri
siap satu adunan dan perapkan selama 3-4jam
balik dari pejabat nanti dah boleh di kukus.


KEK SARANG SEMUT dari Ida Shahida

BAHAN A

11/2cawan gula
1cawan air panas
3sudu besar butter

CARANYA:
  1. gula letakkan dalam periuk dengan api kecil sahaja
  2. bila gula sudah cair dan coklat keseluruhannya, masukkan butter
  3. kacaukan hingga sebati
  4. masukkan air panas tadi, kacaukan hingga sebati

BAHAN B 

4 biji telor
3/4 susu pekat
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil essen vanila

CARANYA:
  1. pukul telur dengan rata 2-3minit sahaja (tak payah beria memukul takut kek jd kering)
  2. masukkan susu pekat, pukul (mixerkan)
  3. masukkan essen vanila
  4. masukkan tepung dan soda bikarbonat (mixerkan)
  5. dah sebati cantik, masukkan gula hangus
  6. perapkan 3-4jam (sebab diperap adalah untuk mendapatkan sarang semut yang cantik)
  7. selepas berakhir proses memerap, kacau-kacaukan adunan dan wrappingkan dengan aluminium foil
  8. kukuskan selama 60minit. lebih suka kek yang berkukus sebab teksturnya lebih cantik dan lembut.
  9. kepada yg suka adunan dibakar, bakar adunan selama 1jam, 160'c api bawah shj dan baki terakhir 11minit, gunakan api bawah dan atas.

5 comments:

paridah said...

sedapnya dh lama xmakan kek sarang semut ni...

nurbijen said...

kek peberet saya ni...

shaliza said...

salam kak...selamat hari raya:-) Saya buat kek ni tak pernah jadi...dah perap...tang mana silapnya pun tak tahula.

iryanty ahamad said...

mana gambar kek nya ...

adianiez AIDA said...

kegemaran mak aida ni :)