July 3, 2015

Gotong Royong Memasak Juadah Berbuka Puasa

Hari ini Jumaat 3/7/2015
Menjenguk ke surau di pejabat untuk menolong gotong royong memasak
aktiviti minggu ini memasak juadah untuk berbuka puasa
bagi agihan kepada kakitangan

Menu:
Gulai Ikan Talang Nenas
Mee Hoon Goreng

Bubur Durian (Moreh)

 masak lemak ikan talang+nenas, menunggu untuk diletakkan santan

dah siap masak & packing untuk agihan, mereka datang ambik di surau.

serawa durian untuk moreh di surau malam ini

telur ini ada 10 biji, bila dipecahkan 8 biji berkembar
2 biji sahaja yg tak berkembar.

 menu terakhir, mengoreng mee hoon pulak
dah hampir siap, kami beransur balik ke pejabat semula


2 comments:

adianiez AIDA said...

alhamdulillah... seronok gotong-royong gini.

time kakak aida pregnant, hari raya.
mak beli sepapan telur.
semua kembar !
mak terus bagi sepapan telur tu kat jiran.
risau kakak dpt anak kembar siam!!!

insan marhaen said...

Sesekali fikir, yang lebih utama selain makan ialah pembaharuan ukhuwwah sesama anak qaryah semasa menyediakan moreh...