June 18, 2015

Diary Ramadhan 2015@ Hari Pertama Terawih & Bersahur

Disini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa
buat semua rakan-rakan blogger
semoga amalan kita diterima olehNYA, amin

Kisah puasa 2015 muncul lagi
alhamdullilah dipanjangkan umur untuk merasa berpuasa lagi bersama famili tersayang
Blog umpama diari yang mencatat kisah-kisah anak-anak mama
kalau anak-anak mama nak tengok kisah puasa kamu masa kecil
bolehlah selak-selak page belakang
dari kakak ichaa, abg ali dan skrg giliran balqish pula
ada macam-macam ragam berpuasa ketika mereka kecil
tu yang seronoknya melayan kerenah mereka

balik solat terawih, semua mereward diri masing-masing tak nak makan nasi
allysha dominoz pizza
ali & aqish kfc
papa & mama jerk makan nasi


solat terawih dekat Masjid Cyberjaya. Pak Imam solat 20 rakaat, tapi kita buat 8 rakaat sahaja. 
Masing-masing  ada homework sekolah yg perlu disiapkan.


sempat lagi kan allysha....sebelum balik solat terawih 

tak sangka ramai pulak org...sampai jem kat tempat parking kereta...

 Kejut bersahur masing-masing sangatlah susah....ali iqbal langsung tak nak bangun
kejut jugak untuk minum air, habis mood dia jadi moody
allysha request nak air oren
aqish makan cereal jerk, syukur sangat sebab aqish senang nak bangun sahur..
dia malu-malu mama ambik gambar sebab tak pakai baju

sapa yang tak lalu nak makan nasi.....pilihlah nak makan cereal or biskut
kurma mereka tak gemar 


mama pun tak lalu makan nasi, milo & 3 keping biskut sahaja


5 comments:

iryanty ahamad said...

hari pertama memang masing liat bangun...tapi dekat 4 5 hari insyallah mudah bangun... :-))

paridah said...

salam ramadan seronok kan melayannak2 berpuasa n berteraweh bersama.

suhailah hamid said...

selamat berpuasa pada kak mieja sekeluarga.

fazian batrisyia said...

selamat berpuasa kak mieja & family.
sy sahur simple aje...MIL dah bekalkan lauk. Kadang2 je masak.

Amanda Suria said...

Selamat berpuasa utk Mija sekeluarga...