June 24, 2015

Diari Ramadhan 2015@ Hari Ke- 7

Diari berpuasa hari ke-7 (Rabu 24/6/2015)
anak-anak macam biasa tak bangun bersahur
ali & balqish makan nasi tomato jam 12 malam, kiranya bersahur awal 
sahur pagi mata tertutup rapat, hanya suapkan air ke mulut mereka
ada jugak respond bila suakan air dekat mulutnya
so, kami berdua aja yang bangun bersahur

disebabkan semalam dah berposak memasak dengan kelam kabut
maka hari ini, masak paling simple sekali
spagetti + cabonara+daging+cendawan
cheesy wedges
air sirap & teh o markisa

weekdays memang tak ke Pasar Ramadhan
hanya sabtu dan ahad sahaja papa bagi mereka bertiga bebas memilih makanan
yang di idamkan dekat Pasar Ramadhan...kalau teringin nak makan

waktu terawih juga kami tak benarkan anak-anak mengikut ke masjid
sebab ada tugasan sekolah yang cikgu berikan perlu disiapkan...
maka merengeklah balqish nak ikut...kecuali kalau tiada tugasan sekolah bolehlah ke terawih


 bulan puasa ni menu kena ikut suara ramai, so hari ni mereka nak makan spaghetti cabonara
mama tak akan masak menu setiap org seperti hari kebiasaannya...
kena ambik menu yang 3 orang sebulat suara sama menu nak makan
 kalau setiap org satu menu, pengsan mama nak layan


bermula dengan kakak allysha yang rindukan chop sticknya
maka balqish pon sama, masing-masing makan pakai chop stick


lain pulak dengan ali iqbal...makan dengan tangan terus
sudu garpu apatah lagi chopstick memang ali iqbal boh layan...hehehhe....
nanti dah besar, tengok gambar ni mesti abang senyum sorang-sorang
 

 

4 comments:

Unknown said...

air tangan ibu juga yang sedap mieja..:)

iryantyismail said...

adik ali macam cik yan..suka pakai tangan..lebih puas kan

kak gojes said...

wah ada spagetti d situ..nyum nyum

Hai…Kak Gojes nak ajak korang join GA ni…manalah tau menang duit raya…
MENANGI DUIT RAYA BERJUMLAH RM3100 SEKARANG!!!

adianiez AIDA said...

anak2 aida semua prefer pakai tgn aje makan spageti.
mcm makan laksa johor.
baru syok!!

aida sesekali aje tanya anak2 nak makan pe.
most of the time, aida masak je, diorang makan je :)