May 6, 2015

Kedah@Kisah Kenduri & Balik Kampung

Kisah cuti panjang pada minggu lepas
Balik ke Kedah untuk majlis perkahwinan anak buah
bertolak pada hari Jumaat 1/5/2015,  jam 6.30pagi
awal-awal dah sangkut jem dekat area Rawang dan juga sepanjang perjalanan ke Kedah

mata sangatlah mengantuk...tukar-tukar jadi drebar....
anak-anak lepas bangun tidur makan dan tidur semula....
bila bangun mulut masing-masing boleh tahan.....huiiii pening....
Hari Jumaat menjadi musafir, plan sampai awal sebelum solat Jumaat dan sempatlah solat di kg halaman, rupanya jem sepanjang perjalanan. Ganti-ganti jadi drebar...mama bawak kete dari Gunung Semangol, Perak hingga ke Gurun, Kedah.  Berhenti solat dan papa sambung semula drive sampai ke Aloq Staq.
balqish sempat snap pictures semua orang - papa-mama-kakak dan ali iqbal...sampai alor staq ngam-ngam pengantin dah nak ke Masjid untuk majlis pernikahan. Kami selamat sampai lebih kurang jam 5.04 mini, bersiap anak-anak mandi dan tukar pakaian untuk ke masjid.
gambar satu-satunya yg kami sempat snap....hari kenduri tak dan nak bergambaq...
congrats Kak Farah & Abang Ezzat
malam sebelum kenduri, semua bussy mempacking goodies bag dan mengisi telor pindang

salah satu bunga pohor/bunga telor yang siap diisi telor pindang

anak-anak turut bergotong royong mengisi mee kari
aqish pon turut serta
sudut apam balik & teh tarik
alunan suara anak-anak Yatimberzikir dan berzanzi

 majlis bersurai dan mengemas apa yang patut
katering pon dah siap bersih mengemas dan membawa barang-barangnya
sudut ucapan dan autograph
malamnya kami dinner di restoran tepi bendang, samudra restoren kalau tak silap.
Mak Ngah belanja kedua-dua belah famili 
famili besar mak ngah seramai 80 orang yang hadir ke makan malam
TQ Mak ngah belanja kami makan
aktiviti pagi mengira sumbangan dari para jemputan
juga upucara membuka hadiah - kak farah & ezzat. Selesai majlis kenduri kami pulang ke rumah Tok Tom....sampai rumah Tok Tom, selepas solat asar masing-masing tak sabar nak pergi ke Bendang
Sawah bendang arwah wan & tok tom
belakang tu Gunung Jerai
happy dapat pergi sawah...sebab boleh pergi kedai Tok Ma jugak
hari dah senja......tok tom kata kena cepat-cepat masuk rumah...ada mambang kuning
apa mambang kuning tu? entah....hantu kot....tak pernah dengar sebelum ni...ngeeee....

7 comments:

Su Hamid said...

Sue pun balik sp hari jumaat..baru masuk h/ way dah jam..tolak 7.15am smp sp pukul 5.30pm..

Tahniah pd pasangan pengantin. Smg kekal hingga ke jannah..

Kakzakie Purvit said...

Amboi! Aqish bukan main besar bunga kat kepala tu boleh auntie pinjam:)

Guna telor pindang macam kat tempat kakak di Johor pulak ye..

iryantyismail said...

permandangan sawah padi tu cantik
..subhanallah :-))

paridah said...

JELAS KELIHATAN GUNUNG JERAI DARI KAMPUNG AMIIZA MCM DEKAT YAN PULA..KAMPUNG ASAL KAK NMPAK GUNUNG JERAI N JALURAN AIRTERJUN PERIGI JUGA..INDAH SEKALI.

Unknown said...

wah meriah kenduri kawen
cantik baju pengantin tu

follower ke 604..jemput singgah ke blog Yumida & follow back klo sudi
http://umikasum.blogspot.com

arzmoha said...

salam done follow sini.

seronok ya kemduri kahwin berjumpa saudara mara...yang penting dapat bertukar tukar cerita

dari GMBM

Unknown said...

assalamulaikum Miza..
kampong MIza kedah kat mana ni
kalau kmpong kaknoor pun mmg nampak jugak gunung jerai tu haha mcm dekatt ja dgn kampong kaknoor, sg baru bukit jenun, Miza kat mana kalau tak keberatan boleh kaknoor tau..