May 13, 2015

Fasa 2@ Dapur Part 10 (Dry Kitchen & Wet Kitchen)


Dah lama sangat tak update pasal renovation. Alhamdullilah Sudah pun siap kerja-kerja renovation. Minggu ini dah minggu akhir insyaallah, selepas hampir 3 bulan, proses memecah pelbagai sudut, habuk sepanjang masa, rasa lega, sedikit masa lagi akan berakhir. Masih ada sikit-sikit yang perlu di touch-up mana yang tertinggal.

Kepada yang pm dan  minta HP Pak Kahar, mohon bagi email ya nanti saya balas melalui email. Minta maaf sangat-sangat sebab tak sempat nak respond, betul-betul busy, biasanya menulis dekat blog ni pun selalunya terkejar-kejar sebab nak cepat. Nak blog walking pon tak sempat, terima kasih kepada yang masih sudi dtg ke blog ini walaupun saya dah lama tak menjengah blog kengkawan. Insyaallah bila  renovation ini selesai, bolehlah menjenguk ke blog kawan-kawan semua.

Update untuk dapur kecil saya dulu:
  1. Dry kitchen - Tema  Warna Putih
  2. Wet Kitchen - Tema Warna Coklat, ada sedikit kesilapan dekat tiles tu sebab dah tersilap pilih. 
  3. Sink beli dekat Houzz Depot semasa sales, dua biji berharga RM924.00 (selepas diskaun).
  4. Hood & Hob, brand Rubine

DRY KITCHEN

Untuk pembinaan dapur kami tukar selera pulak, kali ini kami buat table top pakai batu/simen/tiles. Lebih tahan lasaknya. Hood & hob juga staff Pak Kahar tolong pasangkan, so nanti kita hanya akan buat kabinet sahaja.
 rangka untuk table top - dry kitchen
dapur comel buat syarat jerk ni....rasanya akan pakai wet kitchen lebih banyak...sebab tak suka bau-bauan bila memasak masuk dalam rumah. Bau masakan tu boleh melekat seluruh rumah mengikut pengalaman sebelum ini.
 tiles utk table top dah siap pasang, tunggu untuk kering

Tiles dah siap pasang & tingkap  dapur memang sengaja letak banyak...
sebab tak suka dapur berbau bila masak nanti, angin boleh masuk sana sini dari tingkap dan pintu.
Ini org kuat Pak Kahar, kami panggil dia 'Cynthia' nama betul dia Jalil...dia sangat kuat kreatif.
ada cerita disebalik nama Cynthia tu :)
dah siap, so lepas ni boleh design untuk kitchen cabinet pulak
 Jalil & Wak tengah nak pasang Hood & Hob.
Tengok material hob sekarang macam kasar sikit. Bila belek-belek dekat dapur lama dekat Equine, rasanya yang lama lebih halus dan cantik, mungkin sebab brand tak sama kot...yg lama kita pakai HOMS.
Dah siap Hood & hob.
Peberet balqish melepak atas ni...samaada melukis atau menonton you-tube doremon


WET KITCHEN   
pulak, saiznya agak kecil cukup untuk letak dapur gas biasa, sinki, freezer, washing machine dekat area luar ni, so nak sidai baju kat sebelah tu aja.

wak tengah pecahkan batu-batu pagar ni

tak besar sangat...ngam-ngam utk memasak, cuci pinggan dan letak washing machine dekat area wet kitchen ini.Kalau ada space kami akan letak iron board dekat sini, so nak iron baju dekat sini jerklah.
Table top dah siap dan dah kering simennya, selepas dah kering barulah mereka tampal tiles
Tiles untuk table top dah siap dipasang
tema untuk wet kitchen adalah kaler coklat
 memasang tiles, tiles ni dah silap pilih....kena redha jerklah nampaknya
lagi pun dekat luar memang layak lasak-lasak sikit tilesnya
pasang untuk dinding pulak
dah siap pasang semua tiles

simple saja untuk sink dan pili air dekat sini
dah siap sepenuhnya, penyidai baju juga dah siap pasang.
Minggu ni boleh kemas barang-barang masuk ke wet & dry kitchen.
Rancangan seterusnya untuk memasang kithen kabinet pulak.


5 comments:

Fiza Rahman said...

Bestnya. Suka tengok dapur tu.

Suliana said...

cantiknya...

Fiza Hasan said...

sambil2 ronda pagi ni tgk dapur sat..:)

a z m i r said...

assalammualaikum puan. saya google pasal house renovation dan sampai ke sini akhirnya. boleh sharekan no telefon pak kahar? emel saya khairulazmir@gmail.com.

terima kasih ya puan.

fazianbatrisyia said...

org yg suka masak mmg ada dapur idaman dia sendiri. bila la nak berdapur cantik idaman kalbu ni. masuk rumah dulu kelam kabut, tang dapur tak puas hati sgt....bayar mahal jugak...ciss...