May 8, 2015

Allysha@ Perkhemahan PBSM Untuk Negeri Selangor

Hari Jumaat 8/5/2015-10/5/2015, allysha menyertai perkhemahan untuk sekolah-sekolah seluruh negeri Selangor. Hati sangatlah risau, sebab ini pertama kali Allysha menyertai kem untuk tahun 2015. Kalau ikutkan hati mama & papa tak nak allysha pergi, tapi nampaknya dia nak juga pergi.

Banyak planning untuk Sabtu & Ahad yang melibatkan Allysha terpaksa di batalkan begitu juga larian marathon pada hari Ahad yang sudah dirancang Allysha terpaksa batalkan, pilih salah satu sama ada nak menyertai marathon atau ke perkhemahan. Allysha memilih untuk pergi ke perkhemahan di Kem Serai Saujana, Batu Laut, Sg Langat, Selangor.

Juga khabar berita yang tak berapa seronok di dengar pada malam pertama, bila ada dikalangan anak-anak yang terkena histeria, uztaz juga dipanggil ke tempat tersebut untuk memulihkan anak-anak ini. Puncanya kerana tidak menjaga tutur kata dan bahasa.  Pagi-pagi dah sms cikgu yang mengiring mereka bertanyakan khabar, mujur bukan dari SMKCJ.

allysha & rakan-rakan...happynya mereka. Gambar ehsan dari what'apps group parents

berkumpul di sekolah sementara menunggu bas sampai. Cikgu Azrin tengah brief anak-anak 
Bas dah sampai untuk membawa mereka ke Sg Langat. 
 panggilan manja utk mak guard ni anak-anak SMKCJ panggil mama, manjanya mereka siap peluk cium lagi....
 nak naik bas...



1 comment:

iryanty ahamad said...

masa sek dulu tak pernah merasa pi camping...
:-(( tak tahu rasa macamana.