April 18, 2015

Fasa 2 @ Part 8 (Anjung)

rasa dah lama tak berupdate pasal renovation
bussy sangat setiap hari, sampai dah hilang progress nak update dan menulis
nak menulis kena dalam keadaan yang tenang, barulah menjiwainya betul tak?
banyak nak kena berfikir, berserabut jadinya

 Progress untuk anjung pada 31/3/2015 sehingga 14/4/2015
  1. Memecahkan veranda yang lama tukar untuk anjung yang lebih luas
  2. Memasang rangka kayu untuk anjung luar 
  3. Memasang atap
Sementara anjung ini tergendala beberapa hari kerana pelan asal memakai atap genting akan tetapi tiba-tiba ada masalah, maka mereka dalam masa yang sama buat kerja-kerja lain dahulu .
 atap genting yang terpaksa di tukar.
Plan asal adalah untuk memasang atap genting dekat anjung ini. Tapi ada masalah pulak dengan atap genting ni.....disebabkan keluasannya terlalu besar maka, atap genting akan ada masalah iaitu kalau hujan, air hujan itu tak akan mengalir dengan sempurna dan mungkin boleh jadi bocor, kami dah pening masa ni....alternatif lain adalah tukar bumbung.....tukar semua....semua tu melibatkan kos lebihan....

Gigih mereka memasang rangka kayu atap genting. rangka dah siap tapi atap bumbung tak boleh pakai atap genting. Maka masa ni papa tengah buat reasearch dan fikir nak pakai atap lain....

try beberapa hari pasang atap genting....bila hujan kita boleh monitor air hujan bergerak atau tidak, tetapi keputusannya memang terpaksa tukar ke polycarbonate. Semua kayu-kayu rangka tu mereka cabut semula dan tukarkan ke rangka kayu untuk design polycarbonate. Mereka cat dahulu kayu-kayu tersebut sebelum mereka pasang.

rangka kayu bumbung ini mereka buka semula sebab ada beza cara pemasangan untuk atap genting dengan polycarbonate. Cara pemasangan polycarbonate mcm dekat bawah ni.
12/4/2014: Mereka mula memasang semula rangka kayu untuk pemasangan polycarbonate.
 14/4/2015: Bumbung barulah siap di pasang setelah 2 minggu juga memikirkan nak tukar bumbung jenis macamana.....kami pilih untuk memakai polycarbonate.
Siap untuk pemasangan beranda, ini dipanggil bumbung 'sikat' saya tak berapa minat jenis sikat ni...target pakai 5-6tahun jerk pakai, kalau boring tukarlah kan...
inilah bentuk polycarbonate. Ada dua jenis yang berbeza iaitu tebal dan nipis, boleh pilih nak tebal atau nipis ikut citarasa masing-masing. Ada warranty juga.

No comments: