April 17, 2015

Balqish@ Kenapa Adik Tak Ada Dalam Gambar?

Diari 12/4/2015 jam 8.30 malam
kisah balqish beberapa hari lalu menangis bersungguh-sungguh
disebabkan beliau melihat gambar-gambar lama yang dalam gambar tu tak ada gambar dia...
Gambar-gambar masa pergi ke Bangkok & Pataya, pada tahun 2008.

ayat dari Balqish:

BALQISH:
mama, kenapa adik tak ada dalam gambar ni?
adik nak jugak pergi
adik nak jugak swimming

MAMA:
oooh adik tak ada lagi masa ni
abang pun kecik lagi masa ni baru 2 tahun, kakak ichaa umur 6 tahun

BALQISH:
adik dekat mana?

MAMA:
adik tak ada lagi
masih dalam perut mama

BALQISH:
kenapa adik dalam perut mama?
adik nak ikut jugak
adik nak jugak pergi
kenapa tak bawak adik

Masa ni dah menangis sambil guling-guling atas katil
macamana nak explain situasi macam ni? mama dah pening.....

sudahnya....menangis tak berhenti-henti walaupun dah bagi macam-macam penerangan, mama terpaksa pujuk nak bagi hatinya sejuk....tak perlah, hujung tahun kita pergi...baru dia berhenti menangis sikit-sikit...adoiiiiiiii........situasi dan umur macam balqish memang tak boleh nak faham apa yang kita explain dekatnya....

 menangis bersunguh-sungguh....ada tak anak-anak yg situasi macam ni sama?

beberapa keping mengimbau kenangan...dream world, snow town, safari park, culture show, snake farm, floating market, chachucak market, pattaya dl. selagi tak besar, selagi tak pandai nak jaga diri, masih bergaduh sakan antara satu sama lain,  pergi bercuti yang dekat-dekat ajalah...tak payah nak berangan fikir naik flight berjam-jam  sampai kamatu punggung.......

gambar ni buat balqish geram jugak...dream world, bangkok
ayat aqish: kakak naik sorang ke mama? aaah naik sorang-sorang....kakak umur 6 tahun masa ni...

 Pattaya - gajah yg bijak pandai melukis
Safari World & Safari Park - ni lebih kurang mcm kat Singapore
Pattaya: tengok gambar allysha & ali iqbal swimming lagilah aqish menangis kuat...

Chachucak: aiskrim goyang.....

kakak ichaa (6tahun)& ali iqbal (2tahun)


adik kecik, kalau baca blog mama bila besar nanti....mesti awak akan tersenyum nanti bila tengok telatah awak....kenapa awak tak ada lagi masa ni? kerana adik masih dekat lofmahfuz.....mcm yg papa selalu beritahu...


5 comments:

imm said...

hehehe jenuh jugak nak explain kalau jadi camni kan..

Kakzakie Purvit said...

Alahai adik..adik..
Tunggulah akhir tahun ini adik boleh ikut:)

paridah said...

salam jumaat...pening juga nk explain pada anak kecil yg cerdik ni kan...

Suliana said...

haha. kelakar la aqish ni.. su pun sama gak kadaang tnjuk gmbr budak2 tanya knp diorang tak de.. :-P

fazianbatrisyia said...

sama je kak...anak sy yg kecik tu tgk gambar bby semua mengaku dia...padahal kakak dia...