April 29, 2015

Balqish Demam

Diary Balqish 28/4/2015

start dari semalam 28/4/2015, balqish demam
dah agak lama Balqish tak demam
sampaikan mama dah lupa mcamana nak handle 'baby' demam
lama baru dapat rentak/skill nak buat apa untuk 'baby' yang demam

dah pergi Klinik, dah makan ubat
tapi masih belum berapa kebah
antibiotik Doctor tak bekalkan
suhu badan yang panas
maka balqish perlu kerap mandi  untuk sejukkan suhu badan
hari ini sudah hari ke dua balqish demam
papa pulak take turn untuk menjaga balqish
work from home sambil menjaga balqish
mama berharap balqish cepat kebah dan sihat semula, AMIN

lepas makan ubat tidur, gelapkan ruang bilik untuk balqish tidur nyenyak
demam-demam nak jugak baca buku cerita...kalau baby yg usianya bawah satu tahun, 
org tua-tua kata nak 'pandai' sesuatu...nak tumbuh gigi ke, meniarap ke, berjalan ke.....
adik ni nak pandai apa agaknya?
saja cakap dekat aqish macam tu, so taklah stress sangat bila tengok anak-anak demam....


4 comments:

paridah said...

KESIANNYA AQISH...MOGA CPT SEMBUH YA...ANAK2 KECIL KALAU DEMAM MSTI RISAU SGT KITA YG TUA NI KAN..

iryanty ahamad said...

mudahan balqish cepat sembuh dan kembali aktif lagi..amin :-))

Kakzakie said...

Alahai kesiannya..
Harap hari ini semakin sembuh.

mama 3farhanah said...

semoga cepat sembuh sayang