March 6, 2015

SMKCJ@ Majlis Dialog Akademik Kali Pertama- 2015

catatan yang agak panjang untuk hari ini 6/3/2015
Hari ini seawal jam 8.30 pagi,
kami para ibu bapa form 1 (KRK), form 2 (KRK), form 3 & form 5
dijemput kesekolah untuk ke majlis dialog akademik kali ke-1.

Taklimat terbahagi kepada dua sessi:
  1. T3 & Kelas KRK (Keseluruhan dari form 1-3)
  2. T5 untuk form 5
  3. Majlis AkuJanji Akademik Murid-Murid tingkatan 3 & 5
Syukur alhamdullillah, SMK Cyberjaya terpilih untuk 'Sekolah Amanah' 
 
Sedikit sejarah Sekolah AMANAH AMIR 
Pada tahun 2010 Yayasan Amir dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memulakan program Sekolah Amanah yg menjadi rintis melibatkan pihak kerajaan dan swasta dalam bidang pendidikan Di Malaysia.

Disebakan kejayaan program tersebut, KPM menyatakan dalam PPPM (2013-2015) bahawa 500 buah Sekolah Amah akan diwujudkan pada tahun 2025, tetapi sekarang jumlah bilangan buah Amanah yg disasar telah bertambah sebanyak 700 buah sekolah.

Pelbagai aktiviti akan dijalankan di SMKCyberjaya.  Memberi latihan melalui module TeachSmart untuk menyokong pembangunan guru. Penasihat Pendidikan dan Pasangan Pendidikan utk memantau perlaksanaan strategi teachsmart melalui pencerapan pelajaran, latihan dan pementoran. 

Manafaat dalam menjadi sebagai sebuah Sekolah Amanah:
  1. memperbaiki startegi pengajaran
  2. memperkukuhkan pembangunan murid secara holistik
  3. respon yang cepat ke atas isu-isu sekolah oleh pihak PPD/JPN
  4. penambahbaikkan infrastruktur sekolah
  5. bantuan kewangan untuk sumber pengajaran
  6. memperkukuhkan kepimpinan dan pengurusan sekolah.
Aspirasi Murid (KPM 2013) pula,
  1. kemahiran memimpin
  2. kemahiran dwibahasa
  3. etika dan kerohanian
  4. identiti nasional
  5. pengetahuan
  6. kemahiran berfikir

 ucapan dari Mdm Ng Sie Fong, Pengetua SMKCyberjaya.

 suasana dalam dewan bersama anak-anak KRK (form 1 & 2) dan form 3

Mr. Paul E. Tufts, Education Advisor untuk Program Sekolah Amanah
Sekolah Amanah salah satunya membolehkan murid-murid berfikir secara kritis dan kreatif, dapat menyelesaikan masalah dan berkeupayaan untuk menyesuaikan diri dengan kepesatan arus perubahan persekitaran global.
anak-anak form 3 & 5, akujanji akademik PT3 & SPM

majlis bersurai jam 12.00 tengahari
anakanda allysha dan rakan-rakan, ini keje dia mengedit dalam phone mama 
mama letak sini buat kenangan, jangan marah ya meow :)


9 comments:

Su Hamid said...

Mcm2 pembaharuan skrg ni. Cuma kdg2 takut melihat ank2 tertekan mengejar kejayaan akademik.

paridah said...

SEKOLAH AMANAH NI MELIBATKN SYKT SWASTA YA...BAGUS TU TENTU BNYK DPT MMBERI SUMBANGN KPD SEKOLAH DEMI KEBAIKN MURID2..

Anonymous said...

Eheh..comel miaw kuning tu..

Kayu Manis said...

mcm banyak tekanan pulak pd anak2..bila dah ada benda baik mcm ni...fahamlahkn..
persedian metal fizikal tulah yg penting...mahu dan tak mahu..

Cik Nurul Pinky said...

SALAM,
AKAK CIKGU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KE?

TukangKebun said...

Kami baru dapat daftar Rayyan online untuk masuk sekolah Kebangsaan sama-sama dengan anak bongsu kakMieyza.

LYAfrina said...

mcm2 sekarang dlm sistem pendidikan kan.. sekolah amanah, kluster.. smuanya utk penambahbaikan dlm sistem pendidikan

Cho Zila said...

ingatkan sekolah cina ker tadi oooh cyber jaya... tahniah ... tempatnyer pun memang dasat tentulah tidak tersilap pilih sekolah itu...

Unknown said...

Sekolah anak saya akan dijadikan sekolah amanah dlm masa terdekat ni. Boleh tolong jelaskan pada saya, silibus pembelajaran adakah masih same seperti sekolah yg lain (silibus yg ditetapkan oleh KPM)? Anak saya Form 4, asyik duk mengomen dan memburukkan pasal sistem sekolah amanah. Dia cakap nanti dia takde masa nak belajar utk SPM sbb sekolah amanah ade silibus extra yg kena belajar. Terima kasih atas penjelasan.