March 4, 2015

Rumah Equine Park

Dua tiga hari lepas balik ke rumah Equine Park
melihat progress pekerja yang membetulkan rumah
kami bagi kunci, mereka masuk dan buat kerja
sebelum ini anai-anai dah makan pintu toilet
so tukar semua pintu toilet dan bagi ubat

masuk-masuk jerk rumah, terkejut tengok cat dinding dah berubah
adoilah mereka pergi cat dinding warna kelabu
pandai terlebih kaler dah tak match dengan yg sebelah tu
emmmmmlah....pandai-pandai tukar kaler dan cat

rumah ni penyewa akan masuk pada bulan April 2015.
ada lagi sebulan untuk bersihkan rumput yang dah meninggi
pokok-pokok juga dah terbiar dibelakang rumah
memang masa langsung tak ada nak menjenguk rumah ni
bila fikir-fikir semula, baik jual rumah ini lagi senang
tapi allysha masih sayang rumah ni, banyak memori....tembuni ali dan aqish juga di tanam dekat sini
memori membesarkan mereka semasa kecil ada dirumah ini
kami terpaksa meninggalkan rumah ini pada hujung Dec 2013
disebabkan jem yang terlampau dikawasan Seri Kembangan
selepas rumah ke-2 berjaya dibeli dan pindah milik nama ketangan kami
maka kami pindah ke Cyberjaya, disini tanpa hiruk pikuk kesesakkan jem
dan paling penting jimat masa, anak-anak nak pergi sekolah juga senang.

barang-barang dalam rumah Equine Park seperti peti sejuk, meja makan, sofa, kabinet tv, 
aircond, hood & hob, kitchen kabinet, wardrobe, heater 
memang kami tinggalkan untuk penyewa. 
Penyewa sebelum ni pun kita bagi pakai sahaja.
Sewa rumah ini juga murah-murah sahaja
janji penyewa tu jujur dan tolong jagakan rumah ini dengan baik.


malas dah nak tukar cat tu, biar jerklah

master bedroom, pun pekerja tu suka-suka tukar kaler. kami tak mintak pun depa cat bilik ni
pokok-pokok diluar sana sudah meninggi, pelepah pokok kelapa pon dah melempai jatuh

motor ni dah tak pakai, nak lelong murah-murah jerk, clearkan mana yg patut.
rumah EP konsepnya tidak berpagar, maka terpaksa pasang grill sebab anjing liar suka benar mencuri kasut/selipar digomol-gomol buat main.

16 comments:

Fiza Rahman said...

Bilalah rezeki saya nak duduk landed house nih.

Cyberjaya dah best. Banyak development. Tak macam dulu. Macam padang jarak padang terkukur ☺

Ana Jingga said...

rajinnya pi cat rumah, hihi...bagus gak tu mieja ;)

Su Hamid said...

Wah, kak mieja dah ada salah satu passive income..harapnya penyewa baru dpt jg rumah tu baik2..

Anonymous said...

Cantiknyer rumah ni..

Wak Lat said...

Salam. Hee beruntunglah ada rumah boleh disewa oleh penyewa yang bertanggungjawab.

Nieza Ishak said...

untunggg laaa ...
takyah sibuk nak upah cat. kikiki

Nieza Ishak said...

mieja, kalau pi cyber kami singgah skodeng rumah baruuu ... ;)

shaliza said...

Salam kak Mieja...langsir tu tak nak letgo murah2 ker...klu nak letgo saya nak :-)

paridah said...

rumah ada tanah tu bagus utk kegunaan penyewa yg rajin...

Pakcik Kantin said...

cantiknye rumah..bilalah dapat beli...

http://kucenmaster.blogspot.com/2015/03/kucing-berwarna-pink.html

Unknown said...

alhamdulillah mieja dah ada duit masyukkkk rezeki ALLAH daapat pulak penyewa yg bagus..

Unknown said...

alhamdulillah mieja dah ada duit masyukkkk rezeki ALLAH daapat pulak penyewa yg bagus..

JunAina said...

Nak dapat landed property sekarang ni memanglah sangat mahal...Nampak design rumah ni agak cantikkan. Kalau bab sewa rumah pulak kalau dapat penyewa yang baik boleh bertolak ansur seronok sangat. Akak pun tak berkira sangat kalau bab penyewa ni asal rumah kita di jaga elok. Ali Iqbal anak akak Iqbal Hadi...

AwekTrader said...

Cantik rumahnya..
Alhamdulllah

Bunda_nora said...

cantik rumah, selamat memasuki rumah baru...Alhamdulillah..

LYAfrina said...

besar dan cantik rumah akak ni..
moga penyewa amanah n jaga lelok barang2 akak tu