March 7, 2015

Renovation Cbj @ Fasa 1 - Stor

Catatan renovation telah bermula pada hari Sabtu 7/3/2015
renovation di rumah Cyberjaya bermula
Fasa pertama adalah membuat stor di belakang rumah
memandangkan rumah ini sangatlah kecil
kalau difikirkan secara logik memang tak berbaloi beli rumah ini
tidak setimpal dengan harga yg dibeli 3 tahun yg lalu

tapi mengenangkan anak-anak bersekolah dan berkerja di Cyberjaya
redhalah dengan apa yg ada disekeliling, yang penting dekat dengan sekolah dan pejabat
kalau tertinggal buku boleh lari ambik dekat rumah
kalau tertinggal van boleh hantar terus ke sekolah tanpa menghadapi jem


Maka perancangan pertama kami pada tahun ini adalah membuat stor dahulu
stor yang ada sekarang,  kami akan pecah kemudian nanti
sudah genap 1 tahun tinggal disini semula, pernah menetap di Cyberjaya pada tahun 1998-2004
Dulu Cyberjaya hutan kelapa sawit kanan kiri, jalan kecil saja dulu, sekarang memang jauh berbeza

kami antara company yg pioneer pindah kesini 
Nak pergi ke kedai pon tak ada ketika itu, apatah lagi ke pasar
Jalan Dengkil juga kecil sahaja, kalau malam memang menyeramkan
begitu juga Bandar Puchong, ioi mall dulu juga tak ada Jusco dll
hanya ada The Store ketika itu...cute jerk the store ketika itu, org pon tak ramai msh ala-ala kg

2004, rumah Equine Park siap, kami berpindah ke Seri Kembangan berulang alik ke Cyberjaya
bila situasi alam sekeliling semakin pesat membangun
keadaan jem yang semakin teruk untuk keluar dari SK ke Cyberjaya
kami mula mencari rumah lain pada tahun 2012
proses jual beli untuk rumah Cyberjaya memakan masa dalam 1 tahun
pada hujung 2013 barulah segala-galanya selesai pindah milik dari pemilik asal kepada kami
pada awal Jan 2014 kami selamat berpindah semula ke Cyberjaya


minor renovation kami dah buat sebelum masuk ke rumah ini pada hujung 2013
renovation untuk dalam rumah juga dah menghabiskan banyak duit
2014, Allysha menghadapi peperiksaan UPSR
maka kami tidak membuat sebarang renovation, fokus untuk peperiksaan Allysha sahaja

dan tahun ini sambung sedikit utk renovation seterusnya
gambar-gambar pekerja pak kahar yang membuat kerja-kerja berat

batu bata yang pakcik kontraktor letak dekat belakang rumah
rumah tepi senang sikit barang-barang ini nak diletakkan

 salute dengan pekerja-pekerja ini, mereka buat kerja memang sangat cepat.
berhenti untuk mandi, solat zohor dan makan sahaja

hari pertama dah siap pasang batu bata

hari pertama dah siap pasang bata 7/3/2015
Pagi Ahad 8/3/2015
mereka memasang plaster dinding

kami memang tak tutup dinding jiran sebelah, biarkan ia cerah
sebab pakcik (jiran) dah pasang dengan grill

dah siap tingal nak simen lantai dan pasang atap


9/3/2015 siap sepenuhnya stor yg comel ini.



Bersambung lagi untuk progress seterusnya.

3 comments:

Fifi Nadhrah said...

alhamdulillah.. seronok tengok orang reno rumah.. tapi kalau kire total lost.. banyaknye.. zaman sekarang.. banyak pakai duit..

sumysya said...

rumah corner lot ke? hihi..bleh tak emel sya bpe kos wat renovate stor tu,,,nk tau sbb nt nk anggar utk renovate umah gak,, emel : asya_iceye@yahoo.com.. TQ

Jari Manis said...

gigih betul dorang ni buat keje..ni mesti pekerja dari indon kan