March 10, 2015

Fasa 2 @ Dapur Part (1) - Piling


Tarikh: 10/3/2015
Fasa 2,  Perancangan membuat dapur dan sebuah bilik.

Perkara pertama yang perlu dibuat untuk renovation adalah perlu berjumpa dengan kakitangan MPSP, untuk pelan lukisan rumah yang hendak di renovate dan mendapatkan kelulusan dari MPSP. Selepas pelan lukisan diluluskan, pembayaran perlu dibuat dan mereka akan mengeluarkan Sticker Kelulusan untuk renovation.

Kos renovation sekarang perbelanjaannya sangat mahal, maka kami buat mana yang penting saja. Memang kena betul-betul budget, takut terlebih budget kelak memakan diri. Kami buat keputusan untuk renovate mana yang penting sahaja, memandangkan kami tak plan untuk tinggal dekat sini hingga ke hari tua, jadi rasanya mcm tak perlu nak renovate habis-habisan di rumah ini, perancangannya akan tinggal disini sehingga anak-anak habis sekolah...walau apa pun kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segala-galanya, moga dipanjangkan umur dan kesihatan juga.

Rangka dan asas untuk tapak membuat dapur telah dikorek dan dibuat pilingnya oleh pekerja Pak Kahar. Hari pertama untuk tapak dapur ini, tugasan mereka menanda dan mengorek tanah, dan pada sebelah petangnya mereka dah siap letakkan simen dalam lubang piling tersebut.


kerja-kerja sebelah pagi, mereka dah siap mengorek tanah 

selepas solat zohor kerja-kerja sebelah petang, mereka siap meletakkan simen dan besi

tak taulah ini kucing sapa.....datang ke rumah dan kami bagi nama DAYANG. dah jadi sebahagin keluarga kami, bukan main membuang kat tepi tu....

3 comments:

NEKCIK said...

luasnya ...seronoklah dapat dapor besar..boleh banyak cooking cooking

Cik Nurul Pinky said...

sempatlagi si kucing hitam tu buang air yer hehehe.

LYAfrina said...

hihi..tomey dayang...
dayang senandung ye?