February 18, 2015

Rewang@ bawak balai

Aktviti hari sabtu yang lepas, berada  di kampung
balik Kampung Muo sebab ada majlis kenduri hari ahadnya
hari sabtu ada rewang bawak balai di rumah atok
kalau bahasa lainnya rewang pasang khemah

minggu ni minggu bussy
jadinya memang tak sempat nk berupdate blog
berada di kampung sehingga hujung minggu

 meriah rewang dekat kampung
tapi paling tak tahan letih ya amat jugak merewang ni
lebih baik guna catering lagi senang
hidup berkampung, susah sikit nak ubah mentaliti org kampung maka terpaksalah mengikut cara mereka mengunakan style rewang
lebih-lebih lagi atok masih 'orang' kuat dekat kumpulan pakatan
maka, kami anak-anak akur sajalah keputusan atuk untuk pilih masak secara 'rewang'

aqish pon sibuk nak angkat tutup periuk yg berat tu...
pertama kali aqish dan ali dapat merasa 'rewang'
biasanya kalau ada majlis kenduri kawin dekat kampung, semua dah siap pasang
mereka tak pernah berpeluang tengok lori datang bawak alat barang perkakas semua

pasang rangka khemah dulu

 cuaca sangat panas....memang budak-budak boleh demam
tak tahan panas

yang bangsal berkayu tempat org kampung untuk potong bawang/daging nanti

atok-atok tukang tengok jerk, dah tua tak larat dah kan nak tolong.
yang perempuan sibuk kat dapur memasak makanan untuk makan petang

puan blog sibuk mengoreng, berasap muka hadap api kuali karipap/sukun utk minum petang

makcik-makcik tengah kupas ikan bilis
makcik-makcik tengah masak dekat bangsal 
mereka pon possing sikit :)

nenek buat bubur merah bubur putih, bubur bancaan org jawa kata

ini kucing nenek, sabrina....mama Elsa & Anna


16 comments:

suhailah hamid said...

Rewang ni best sbb kumpul ramai2 bergotong royong buat keje..

Saniah Ahmad said...

lama tak makan bubur merah bubur putih tu,, sedapp,,

εïзmummyHazaεïз said...

Comelnye tuan blog... Klu haza kat sebelah tu,ntah le...

Haza pernah sekali join rewang kenduri kawen member (jawa) di johor. Best sangat

iryanty ahamad said...

rupa nya kita sekapal lah ami... :-)) .. rewang memang penat..tapi kemesraan terjalin tu yang susah dapat..betul tak

fazian batrisyia said...

bestnya...kat mana kg kak mieja ni?

tiga lalat said...

Salam. Hee ayu banget puan yang sedang menggoreng itu. Kihkih2

paridah said...

sibuk bergotong royong kenduri ya...hidup dikampung begitulah.

insan marhaen said...

budaya rewang elok diteruskan demi mengeratkan ukhuwwah.

kalau catering, datang masa makan, habis makan balik... itu jer...

TukangKebun said...

Lama tak rewang. Kali terakhir masa di kampung Sabah buat majlis kenduri kahwin di pihak saudara sana pula perut pun dah 4 bulan. Nasib ada banyak sedara sana tentera khemah semua ambik buat dari Buloh yang arwah atuk tanam. Tempat duduk makan untuk tetamu pun instant buat dari. Buloh.
Untung anak-anak Kak Mieyza ada pengalaman rewang.

Najib Ariyan said...

saya orang jawa keturunan johor juga dan kalau saya memang lebih suka konsep rewang dpd catering... memang kurang penat kalau katering tapi ukhwah kekampungan akan merosot... best rewang ni tengok orang masak dari mula sampai habis...

NEKCIK said...

oh rupanya orang muo..huuii meriah beno dengan khemah..tapi nekcik rasa orang muo mmg suka merewang bila ada kenduri..ada team leader lagi kan

Kathy R'bain said...

Wah.. Memang meriah ni..semua ada tugas masing²..

sya mimie said...

suka dengan suasana rewang. walaupun penat, tapi best. kekalkan tradisi.. ehh, gitu ke.. hihi

Fuza Musa said...

Kenduri kendara di kampong memang meriah ada rewang ni

Maria Firdz said...

Meriah knduri cara merewang nih... Penat tapi berbaloi..erat silaturrahim...

LYAfrina said...

Mmg meriah sgt bila gotong royong camni.. klo dlu khemah/kanopi buat sdri je..sekarang main Psg2 je..

Comeynya akak...slim sgt