February 11, 2015

Kisah Sabtu

Hari sabtu kedua-dua sekolah mengadakan mesyuarat PIBG  dengan tarikh yang sama
kami tak dapat menghadirkan diri kerana ada hal yg tak dapat dielakkan
hanya dapat melihat kemeriahan dari WA Group PIBG
alhamdullilah, barisan ahli yang sama seperti tahun lepas akan berkerja keras lagi untuk tahun 2015
untuk PIBG sekolah Menengah (SMKCJ)
mereka sangat komited dan memang layak memegang jawatan tersebut

saya memang sangat kagum dengan semangat dan usaha gigih mereka
mereka juga sudah banyak pengalaman, sebahagiannya memang layak saya panggil mereka aunty  & uncle, banyak aktiviti sekolah yang melibatkan idea, keringat dan tenaga barisan PIBG

Sekolah rendah pula ada banyak perubahan dari ahli yang lama ke ahli yang baru
walau apapun kami tetap menyokong dari belakang
untuk kebaikan sekolah dan anak-anak


petangnya pula kami terpaksa bergegas ke KL
untuk mengambil t-shirt dan bip untuk marathon pada hari ahad
disebabkan perkara yg tak dapat dielakkan pada hari sabtu ini
kami menjangkakan kami tak dapat menyertainya esok
kerana mungkin tak sempat nak pergi collect race kit
tapi alhamdullilah, last minutes dapat juga ke KL



jalan dah hampir sesak disebabkan malam ini ada konsert TaeYang, dari Korea
allysha peminat TaeYang, bukan main suka...
tgk crowd dari luar pon dah happy :)
konsert ini mereka buat di Stadium Merdeka


dah sampai di Wisma OCM
signboard utk KL Run 2015 (utk race kit collection)



1 comment:

LYAfrina said...

lya thn ni baru nk merasai hadiri mesyuarat pibg.. ye la..apa y diusulkan semestinya utk kbaikan anak2 kt jugak kan..