January 12, 2015

OYEN@ Pergi Tak Kembali

Diary Anak Bulus 12/1/2015 

OYEN 17/4/2014 - 12/1/2015

Satu demi satu pergi, pagi tadi Oyen menyusul selepas SOYI

dah beberapa hari tak nampak dia, tak tau menyorok dekat mana
setiap hari panggil pon tak muncul, mereka ni bukan jenis suka berjalan

semalam baru nampak dia, rupanya dia baring dekat luar
tapi Oyen nampak tak sihat semalam petang
ini memang betul-betul sakit mcm Tommy & Atam hari tu
sakit yang tak larat nak bangun
bukan mcm Lilo Elsa & Soyi, pergi tanpa simptom


dah bagi minyak kelapa dara pon tak jalan
malamnya rasa kaki dah sejuk, badan dah sedikit mengeras
dah tak tau nak buat macamana, papa kata bagi makan garam
bagi sikit garam dekat mulutya, minumkan air
nampak dia bertenaga sedikit, boleh jalan-jalan dalam rumah
badan dah kembali normal

subuh, tengok dia tak bermaya, mata juga dah kedalam
ombak nafas semakin kuat
tiba-tiba oyen bernafas melalui mulut

papa hulurkan vicks suruh oyen hidu, tak jalan jugak
nafas semakin kuat, bagi minum air zam zam
tak boleh jugak, lidah seperti tak boleh bergerak

tinggalkan oyen sekejap,  pergi sidai kain
tengok oyen semakin tenat , rupanya dia tengah nazak :(
panik sekejap sebab dekat rumah dah tak ada sapa-sapa
susahnya oyen nak putus nyawa
sampai tersentap-sentap....ya allah kesiannya :(:(
tak kira manusia atau haiwan, malaikat maut datang mengambilnya
tapi nampak susah sangat oyen pergi
Lilo pergi dulu tak seteruk oyen :(

Mama harap ini yg terakhir, harap-harap 4 ekor lagi sihat tanpa virus banjir ini
yang tinggal soya, atam, lv & tommy

 akhirnya oyen pergi juga...sedih tak terkata....rumah jadi sunyi bila mereka meninggalkan kami

malam tadi Oyen  tidur dalam toilet, bila rasa tak best nanti dia pindah kat luar pulak
berpindah dari tempat ke tempat lain
 
mereka membesar tanpa ibu, ibu hilang...menjaga kamu memang tak banyak songel.....senang nak jaga kamu....sangat berdikari kini yang tinggal LV, Tommy & Atam.

mereka berlima, sekor lagi kena langgar kereta tinggal 4 ekor
ditinggalkan ibu ketika usia baru 3 minggu...gambar ini ketika mama kamu hilang.....
kamu tiba-tiba terpaksa putus susu....

6 comments:

Suria Amanda said...

ALAHAI...Sedihnya entry ni...dah sampai ajal dia kan..

Ana Jingga said...

Ya Allah Mieja, sebiji macam Jingga..sedihnya kak ana..semoga Mieja sekeluarga sabar dan redha dengan kepergian mereka...

Norihanyusuf said...

sedihnya..
tak terucap tengok anak-anaknya yang masih kecik tu

OKje said...

Sedih ar Amiza.....tu yg okje mls nak bela kucing....dah bela jadi sayang....

Kenapa dia mati Amiza....sakit apa?

TukangKebun said...

Oyen ni sebijik macam si Tigger.
Virus apa Kak sampai berjangkit-jangkit sekejap dah berapa ekor dah pergi.

fazianbatrisyia said...

Semoga ada kebaikan k mieja & family jg kucing2 ni.